Harian Metro

24 KILOMETER JEJAK JASAD

-

Sungai Buloh

Usaha tanpa henti pasukan penyelamat selama hampir 24 jam akhirnya berjaya menemui kelima-lima mayat mangsa lemas yang dihanyutka­n arus deras dalam kejadian kepala air di bawah jambatan Stesen KTM Sungai Buloh di sini, kelmarin.

Semua mangsa yang juga ‘kaki pancing’ itu didapati hanyut hingga sejauh 24 kilometer berhampira­n Desa Coalfields di sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superinten­dan S Somu mengesahka­n kelima-lima mangsa yang hanyut itu berjaya ditemui pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bertungkus-lumus sejak petang kejadian kelmarin.

Menurutnya, mayat terakhir ditemui pada jam 4.35 petang semalam dikenal pasti sebagai Rapawi Jum’ada, 37. “Mangsa ditemui terapung dalam sungai di Desa Coalfields berhampira­n jambatan simpang ke arah Puncak Alam iaitu kira-kira 24 kilometer dari lokasi kejadian.

“Sebelum itu, mayat keempat dikenal pasti sebagai Jaleha Hashim, 48, ditemui jam 3.45 petang semalam,” katanya.

Mangsa ditemui tersangkut dalam semak sungai berhampira­n Desa Coalfields di sini, 19 kilometer dari lokasi kejadian.

Sebelum itu, mayat ketiga, Silawati Zailan, 31, ditemui pada jam 12.30 tengah semalam, 10.6KM dari lokasi kejadian.

Mayat dua lagi mangsa, seorang lelaki warga Indonesia, dikenali sebagai Hashir, 38 tahun dan Jamaluddin Rapawi, 14 tahun, masing-masing ditemui pada jam 9.51 malam kelmarin dan jam 1.26 pagi semalam.

Mayat Hashir ditemui 9.8 KM dari lokasi kejadian, manakala mayat Jamaluddin hanyut sejauh 8.2KM sebelum ditemui.

Dalam tragedi jam 5.42 petang kelmarin lapan mangsa yang sedang memancing di kawasan berkenaan dihanyutka­n arus deras sungai.

Bagaimanap­un tiga mangsa berjaya menyelamat­kan diri manakala lima lagi dihanyutka­n kepala air.

“Kita berterima kasih kepada semua pihak dan agensi yang terbabit dalam operasi ini sehingga membolehka­n pencarian ditamatkan dalam tempoh 24 jam,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Komander Operasi Bomba, Yusri Basri, berkata, semua mayat ditemui dalam keadaan

 ??  ?? AHLI keluarga Jaleha sebak ketika menunggu anggota bomba mencari mangsa di tebing sungai ketika operasi SAR di Sungai Gasi, Sungai Buloh. TANGISAN menyelubun­gi keluarga Silawati.
AHLI keluarga Jaleha sebak ketika menunggu anggota bomba mencari mangsa di tebing sungai ketika operasi SAR di Sungai Gasi, Sungai Buloh. TANGISAN menyelubun­gi keluarga Silawati.
 ??  ?? SUAMI Silawati sebak ketika anggota bomba membawa mayat isterinya.
SUAMI Silawati sebak ketika anggota bomba membawa mayat isterinya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia