Harian Metro

Mula teraju KM Nyalau

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

 Aida pegawai memerintah kapal wanita pertama

Leftenan Maritim Aida Arzahari, wanita pertama negara dilantik sebagai pegawai memerintah kapal memulakan tugasnya, semalam.

Bekas pegawai navigasi Kapal Maritim (KM) Arau milik Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) itu kini Pegawai Memerintah Kapal KM Nyalau.

Beliau yang berusia 35 tahun mengambil alih jawatan daripada Leftenan Maritim Ahmad Sharifuddi­n Jamaluddin yang bertukar tugas ke Pejabat Daerah Maritim (DM) 3 Lumut sebagai Pegawai Operasi.

Majlis serah terima tugas antara mereka disaksikan Pengarah Maritim Daerah, Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah di bilik mesyuarat pejabat DM 3 Lumut, di sini.

Aida berkata, tekadnya untuk mengekalka­n dan meningkatk­an kecemerlan­gan KM Nyalau selain berharap dirinya dapat menjadi aspirasi kepada wanita lain.

Katanya, kerjasama erat antara semua anggota diyakini akan terus memacu kecemerlan­gan KM Nyalau dalam tugas operasi di laut.

“Jantina bukan penghalang dan pengalaman bertugas di KM Arau akan digunakan sebaiknya biarpun cara pengendali­an dua aset APMM ini jauh berbeza.

“Misi saya meneruskan kecemerlan­gan dan mengekalka­n prestasi terbaik KM Nyalau dalam menjalanka­n tugas di laut,” katanya ditemui selepas majlis serah terima tugas.

Aida dilantik ke jawatan itu pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-13 dan Perbarisan Tamat Latihan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Kuantan, Pahang, Khamis lalu.

Anak kelahiran Perlis itu menyertai Maritim Malaysia pada 23 April 2012 sebagai pegawai pelatih dan pernah berkhidmat di Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu, Wan Mat dalam ucapannya berkata, pelantikan Aida bukti tiada diskrimina­si tugas terhadap anggota wanita.

Katanya, dia percaya Aida mampu menggalas tanggungja­wab diberikan biarpun tugas itu mempunyai cabaran tersendiri.

 ??  ?? AIDA dalam majlis serah terima tugas daripada Ahmad Sharifuddi­n disaksikan Wan Mat (tengah).
AIDA dalam majlis serah terima tugas daripada Ahmad Sharifuddi­n disaksikan Wan Mat (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia