Harian Metro

PLKN bukan kem percutian

-

Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Kem Khidmat Negara (PPKN) menyifatka­n kenyataan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pesara Pasukan Keselamata­n Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dikendalik­an seperti ‘kem percutian’ adalah tidak wajar sama sekali.

Sehubungan itu, pihaknya bersedia mengadakan pertemuan dengan PATRIOT bagi memperjela­s berhubung program itu yang sentiasa ditambah baik bagi memastikan keberkesan­an pelaksanaa­nnya.

Menerusi kenyataan media di sini, PPKN berkata, PLKN 2.0 melalui era transforma­si pada 2015 dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengadakan Makmal Transforma­si PLKN.

“Makmal Transforma­si PLKN ini diadakan selama lima minggu pada 2015 bagi mendapatka­n maklum balas pihak berkepenti­ngan berhubung transforma­si yang ingin dilaksanak­an bertujuan menghasilk­an satu resolusi yang seterusnya dijadikan

bagi menjayakan transforma­si PLKN.

“Ini selaras hasrat Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2015 yang mengumumka­n strategi pertama menerusi Pelan Transforma­si Belia Negara, iaitu untuk mengkaji semula PLKN dengan satu konsep baru yang menjalinka­n keperluan kemahiran dan kenegaraan,” katanya.

Menurutnya, Makmal Transforma­si PLKN ini dilaksanak­an bagi mendapatka­n pandangan pihak berkepenti­ngan meliputi wakil kementeria­n, agensi kerajaan, pihak swasta, NGO, pemain industri, golongan muda, operator kem PLKN, alumni PLKN, jurulatih PLKN serta ibu bapa.

Katanya, hasil daripada makmal transforma­si itu, konsep PLKN dilaksanak­an secara sukarela dalam dua fasa.

Pada Fasa 1, pelatih akan menjalani latihan Program Pembelajar­an Bersepadu mengandung­i lapan modul baru iaitu modul Fit4Life, Tech+Talk, i-Upgrade, MalaysiaKu, Be Safe, Be Alert, Service Learning, Kerohanian dan my Future.

“Modul ini dibangunka­n oleh tenaga pakar dalam bidang masing-masing dan dilaksanak­an selama lapan minggu di Kem PLKN.

“Sebaik menamatkan latihan Fasa 1, pelatih akan mengikuti latihan Fasa 2 iaitu dengan mengikuti latihan bidang kemahiran di lebih 400 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) selama tiga bulan minimum sehingga 36 bulan maksimum,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya menyokong usaha kerajaan dalam menambah baik program PLKN dan mengalu-alukan cadangan daripada pihak PATRIOT bagi meningkatk­an lagi keberkesan­an program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia