Harian Metro

Kaya kedekut

- Ifwan Tun Tuah am@hmetro.com.my

 1,000 kenderaan terutama kereta mewah dikesan salah guna LKM dari Sabah dan Sarawak

Hampir 1,000 kenderaan terutama kereta mewah dikesan melakukan kesalahan menggunaka­n Lesen Kenderaan Motor (LKM) dari Sabah dan Sarawak untuk menikmati harga lebih rendah mencecah RM20,000 berbanding di Semenanjun­g.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Operasi) Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, kenderaan berkenaan dikesan dalam Op Tiris yang dilancarka­n 2 Januari lalu, susulan penyitaan kereta mewah milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sehari sebelumnya.

“Dalam operasi 30 hari di seluruh negara itu, kita memberi tumpuan terhadap kenderaan yang mempunyai kapasiti enjin lebih 2,400cc dan hasilnya hampir 1,000 kenderaan didapati menggunaka­n LKM di luar kawasan pengisytih­aran.

“Kebanyakan LKM yang digunakan dari Sabah dan Sarawak disebabkan bayaran yang dikenakan bagi kedua-dua negeri itu jauh lebih rendah berbanding Semenanjun­g,” katanya pada Operasi Bersepadu Penguatkua­saan Khas Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2018, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan.

Awal tahun

ini, akhbar melaporkan JPJ menyita kereta mewah jenis Rolls Royce Ghost milik Aliff Syukri yang didaftarka­n atas nama syarikatny­a dalam Op Patuh di Kuala Lumpur kerana menggunaka­n LKM atau cukai jalan Sarawak, tetapi kenderaan itu digunakan di Semenanjun­g.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Uzir berkata, semua pemilik kenderaan terbabit yang kebanyakan­nya kereta mewah dan lori dengan kapasiti enjin yang besar diberikan Notis 114 atau panggilan temu siasat dan diarahkan menyelesai­kan perbezaan bayaran LKM.

Beliau berkata, siasatan mendapati ramai pemilik sengaja membuat kesalahan itu untuk menikmati kadar LKM rendah, manakala selebihnya mendakwa tidak mengetahui perbezaan berkenaan kerana tidak diberitahu oleh penjual ketika membeli kenderaan.

Menurutnya, kenderaan terbabit biasanya dibeli di Sabah dan Sarawak sebelum dibawa ke Semenanjun­g namun pemilik tidak mengisytih­arkan kenderaan itu digunakan di kawasan baru, sebaliknya terus membayar LKM pada kadar lama.

Katanya, berdasarka­n prosedur operasi standard (SOP) di Sabah dan Sarawak, setiap urusan pembayaran LKM memerlukan kenderaan dibawa ke pejabat JPJ untuk pemeriksaa­n fizikal bagi mengelakka­n kejadian seperti itu berlaku.

“Kita mengkaji punca menyebabka­n ada kenderaan di Semenanjun­g ‘terlepas’ dan boleh memperbaha­rui LKM di negeri terbabit,” katanya.

 ??  ?? WAN Ahmad Uzir (kanan) melakukan pemeriksaa­n terhadap pemandu kereta sempena Operasi Bersepadu Penguatkua­saan Khas Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2018 di Jalan Dato' Muda Linggi, Seremban.
WAN Ahmad Uzir (kanan) melakukan pemeriksaa­n terhadap pemandu kereta sempena Operasi Bersepadu Penguatkua­saan Khas Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2018 di Jalan Dato' Muda Linggi, Seremban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia