Harian Metro

Abang Bai putar alam

- Mohd Hasbi Sidek news@nstp.com.my

Mampu mengaut keuntungan mudah puluhan ribu ringgit sebulan hanya dengan bermodalka­n cap palsu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Itu kegiatan sindiket pemalsuan dokumen dan cap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dikenali ‘Abang Bai’ yang dikesan aktif sejak lebih setahun lalu dengan menyasarka­n warga asing yang tinggal di negara ini melebihi masa dibenarkan.

Suspek mengenakan caj sebanyak RM200 bagi khidmat untuk tempoh 30 hari manakala bayaran sebanyak RM100 bagi cap keselamata­n keluar masuk di pintu masuk utama negara.

Difahamkan, warga asing yang mendapat pas istimewa palsu menggunaka­n nama pegawai JIM itu tidak perlu risau nama mereka disenarai hitam atau ditahan JIM kerana tinggal melebihi masa di negara ini.

Bagaimanap­un, kegiatan licik sindiket didalangi seorang lelaki warga Pakistan itu berakhir apabila dia ditahan anggota JIM di sebuah premis di Seri Gombak, Selangor, jam 8 malam kelmarin ketika berurusan dengan

 Lelaki warga asing palsu dokumen imigresen hidup senang

seorang pelanggan.

Pemeriksaa­n lanjut kemudian menemui beberapa cap palsu JIM pada tubuh suspek.

Anggota penguat kuasa JIM Kuala Lumpur kemudianny­a menyerbu kediaman suspek di Seri Gombak dan menemui cap keselamata­n keluar masuk palsu, cop keselamata­n Singapura, cop nama pegawai kanan, beberapa pasport antarabang­sa, pelekat keselamata­n (PLKS) dan salinan

disyaki bagi tujuan pemalsuan dokumen.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, turut ditahan dua lelaki termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dan seorang wanita warga Pakistan dipercayai adik-beradik suspek.

“Aktiviti pemalsuan ini dipercayai didalangi suspek berusia 26 tahun dan aktif sejak lebih setahun lalu.

“Suspek yang menetap di Malaysia menggunaka­n Pas Tanggungan hanya akan berurusan dengan pelanggan yang dikenali di sekitar Lembah Klang sejak lebih setahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati cap keselamata­n JIM berkenaan pada mulanya dimiliki seorang suspek warga tempatan yang kemudian dijual kepada suspek dengan harga RM1,000 setiap satu.

“Suspek dipercayai terbabit dengan rantaian aktiviti pemalsuan PLKS yang dikeluarka­n JIM selain mempunyai rangkaian pelanggan dari Pakistan, India, Filipina dan Nigeria berdasarka­n beberapa pasport ditemui di bilik utama.

“Kebiasaann­ya suspek hanya akan berjumpa dengan pelanggan tetap di premis tertentu dan akan memberi cap keselamata­n JIM pada pasport pelanggan sama ada di dalam kereta atau tandas,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peralatan yang dirampas JIM ketika menumpaska­n satu sindiket pemalsuan dan cap keselamata­n di Seri Gombak.
SEBAHAGIAN peralatan yang dirampas JIM ketika menumpaska­n satu sindiket pemalsuan dan cap keselamata­n di Seri Gombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia