Harian Metro

Usah anggap diri hebat

Betulkan niat beribadat dengan ikhlas kepada Yang Maha Esa

- Cermin Diri Bersama Fadly Samsudin Penulis wartawan Harian Metro

Kita seharusnya tidak mudah tertipu dengan amal ibadat yang dilakukan hingga merasakan diri cukup sempurna serta yakin amalan mereka diterima Allah SWT.

Apabila diri berasa terlalu banyak melakukan amalan, maka akan timbul perasaan selesa dan selamat.

Amalan yang dilakukan sudah cukup baik termasuk menjaga solat lima waktu, tidak pernah tinggal solat berjemaah selain melakukan amalan sunat lain seperti solat sunat tahajjud, solat sunat dhuha serta melazimi puasa sunat.

Semua amalan itu dilakukan kerana Allah SWT, namun pada masa sama timbul sekelumit perasaan mahu menunjuk kelebihan yang dilakukan itu kepada orang lain.

Itu adalah syirik khafi yang amat bahaya kerana ia tersembuny­i di dalam hati manusia. Sebagai contoh, seseorang apabila berada di masjid atau surau, dia akan melaksanak­an solat sunat qabliyah atau ba’diyah sebagai pelengkap solat fardunya.

Namun amalan itu tidak pula dilakukan apabila berada di rumah kerana ketika itu tiada orang yang melihat.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Sa’id alKhudri, beliau berkata, pada satu hari mereka berbicara mengenai alMasih ad-Dajjal, tiba-tiba Nabi SAW keluar dari rumahnya lalu menyertai mereka.

Nabi berkata yang bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahu apa yang paling aku takutkan (menimpa) kamu lebih daripada (takutku atasmu) terhadap Al-Masih adDajjal? (Sahabat) menjawab: Mahu, wahai Rasulullah. Baginda bersabda yang bermaksud: (Iaitu adalah) syirik khafiy (syirik yang tersembuny­i), bahawa seseorang berdiri, lalu solat, kemudian dia membaguska­n solatnya kerana dia melihat ada orang yang sedang memperhati­kannya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Menurut pandangan ulama tasawwuf, syirik khafi walaupun tidak membatalka­n iman seseorang, namun ia terlalu bahaya kepada iman dan amal seseorang.

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Syirik yang dilakukan umatku lebih tersembuny­i daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar.” (al-Hakim)

Nabi SAW berpesan supaya manusia perlu sentiasa ingat dua perkara ketika melakukan amal ibadat iaitu perasaan takut (khauf) dan harap (raja’).

Takut di sini adalah takut jika amalan dilakukan terdapatny­a cacat cela sehingga ia tidak diterima Allah SWT.

Kedua, amalan harap pula adalah sangat-sangat berharap apa yang dilakukan diterima Allah SWT. Jika ada dua perkara itu ditekankan setiap kali melakukan ibadat, mudahmudah­an kita tidak mudah tertipu dengan amalan yang dilakukan.

Begitulah keadaan manusia dengan amal ibadatnya. Bayangkan, ancaman itu terjadi bagi mereka yang melaksanak­an banyak amalan kebaikan.

Bagaimana pula bagi mereka yang memandang remeh atau langsung tidak melakukann­ya? Sudah tentu azab yang lebih perit menanti.

Rasulullah SAW berkata kepada Abu Hurairah: “Pada hari kiamat kelak, Allah SWT akan turun kepada hamba-Nya untuk memberikan keputusan kepada mereka.

Setiap manusia akan berlutut. Tiga golongan terawal yang akan dipanggil menghadap Allah SWT adalah orang alim, orang kaya dan orang yang berperang di jalan Allah (mati syahid).”

Bagi orang alim itu, Allah SWT bertanya kepadanya, “Bukankah Aku mengajarka­nmu kitab yang Aku turunkan kepada Rasul-Ku?”

Orang itu menjawab, “Benar, wahai Tuhan.” Allah SWT bertanya, “Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?” Orang itu menjawab, “Dengannya aku beribadat kepada-Mu pada malam hari dan siang hari.” “Engkau berdusta.”

Allah SWT berfirman, “Engkau hanya ingin dikatakan engkau seorang yang alim.”

Kemudian dipanggil pula orang kaya. Allah berfirman, “Engkau sudah Aku rezekikan sehingga keadaan cukup.” Orang itu menjawab, “Benar wahai Tuhan.”

Allah SWT bertanya,

“Apa yang Engkau kerjakan dengan hartamu itu?” Dia menjawab, “Dengannya aku bersilatur­ahim dan juga bersedekah.”

Allah SWT berfirman kepadanya, “Engkau dusta.” Malaikat juga berkata begitu, Allah SWT berfirman, “Engkau hanya ingin dikatakan engkau seorang dermawan.”

Kemudian didatangka­n pula orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah. Allah SWT berfirman, “Apa yang menyebabka­nmu terbunuh?”

Dia menjawab, “Diperintah­kan kepadaku untuk berjihad di jalan-Mu, maka aku berperang sehingga terbunuh.” Allah SWT berfirman, “Engkau berdusta.” Malaikat juga berkata begitu. Allah SWT berfirman, “Engkau hanya ingin dikatakan engkau seorang yang berani.”

Kemudian Rasulullah SAW menepuk lututku sambil bersabda yang bermaksud: “Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga golongan itu adalah orang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.” (Riwayat Muslim)

Justeru, sama-sama kita perbaiki amal ibadat, jauhi sifat suka menghina atau perleceh orang lain serta berasa diri cukup sempurna. Mohonlah kepada Allah SWT supaya sentiasa menjaga diri kita daripada melakukan amalan yang boleh merosakkan ibadat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia