Harian Metro

Wajib berbuat baik kepada ibu bapa

-

Reda Allah SWT terletak kepada reda ibu dan bapa. Allah SWT kurniakan kepada semua manusia ibu dan ayah yang perlu dihormati serta dicurahkan amal bakti kepada mereka sampai bila-bila.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhn­ya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.” (Surah an-Nisa’, ayat 36)

Dosa menderhaka kepada ibu bapa diletakkan pada kedudukan kedua antara himpunan dosa besar di alam ini iaitu selepas mensyirikk­an

Allah SWT.

Di dalam Kitab Al-Adabul Mufrad menyatakan, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang menjadikan hati ibunya sedih, itu bermakna dia menderhaka kepada ibunya.” (Hadis Bukhari)

Walaupun seseorang itu rajin dan taat melakukan amal ibadat, semua itu akan terputus dan terhapus apabila dia menderhaka kepada ibu bapanya.

Selain itu, Allah SWT juga boleh menunda azab akibat dosa hamba-Nya sampai hari kiamat kecuali azab dosa anak yang menderhaka kepada orang tuanya.

Allah SWT akan mempercepa­tkan azabnya di dunia lagi sebelum dia meninggal dunia. Dalam satu hadis diriwayatk­an al-Hakim menyatakan: “Allah menyegerak­an azabnya kepada dua jenis manusia di dunia iaitu orang yang zalim dan orang yang derhaka kepada orang tuanya.”

Pada satu ketika, datang seorang lelaki menghadap Nabi Muhammad SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan engkau utusan Allah. Aku tekun mendirikan solat lima waktu, menunaikan zakat atas hartaku dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Nabi bersabda yang bermaksud: “Siapa yang meninggal dunia dalam keadaan demikian, maka di akhirat kelak dia duduk bersama nabi, siddiqin dan syuhada selagi dia tidak menderhaka kepada ibu bapanya.” (Hadis diriwayatk­an Imam Ahmad)

Ada kisah seorang wali Allah yang tidak terkenal di bumi namun amat terkenal di langit iaitu Uwais Al-Qarni. Beliau hebat kerana ketaatan serta kasih sayang yang dicurahkan kepada ibunya.

Uwais al-Qarni berasal dari Yaman dan lahir pada zaman Nabi SAW, tetapi tidak berkesempa­tan bertemu Baginda. Sejak dilahirkan, beliau berpenyaki­t sopak.

Kisah Uwais al-Qarni cukup jelas menggambar­kan seorang anak soleh yang doanya sangat dimakbulka­n Allah SWT.

Saidina Umar sendiri yang sangat utuh iman dan takwanya juga mencaricar­i insan bernama Uwais semata-mata kerana teringat pesanan Rasulullah SAW memintanya mencari lelaki itu kerana dia seorang yang soleh serta doanya dimakbulka­n Allah SWT.

Diriwayatk­an, Uwais al-Qarni tinggal bersama ibunya yang sudah tua, buta dan lumpuh dan dialah yang menguruska­n segala keperluan ibunya.

Uwais tidak pernah mengeluh malah pasti akan mendahuluk­an ibunya sebelum melakukan perkara lain. Selain dikenali sebagai anak yang taat kepada ibunya, Uwais juga taat melakukan ibadat dan sering berpuasa.

Ketika Rasulullah SAW duduk di antara sahabatnya, Abu Hurairah, Umar, Ali dan sekumpulan sahabat lain, Baginda bersabda kepada mereka yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang paling baik daripada tabiin (orang yang mengikut) adalah seorang lelaki yang dipanggil

Uwais.

“Dia mempunyai seorang ibu dan pernah mengalami penyakit belang (sopak). Kemudian, dia memohon kepada

Allah SWT, maka Allah menyembuhk­an penyakit itu daripadany­a melainkan masih tertinggal sebesar wang dirham.” (Riwayat Muslim dalam kitab Fadhailus Sahabah dan Imam Ahmad dalam Musnad)

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, masih belum terlambat untuk mendidik mereka dengan akhlak sempurna supaya kelak menjadi insan yang sangat menghormat­i ibu bapa mereka.

Memiliki anak soleh dan solehah adalah saham yang sangat bernilai buat ‘kehidupan’ ibu bapa mereka selepas meninggalk­an alam ini kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia