Harian Metro

Tingkat program R&D

- Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my

 Kerajaan gerak langkah jadikan Malaysia negara pengeluar produk keselamata­n terkini

“Malaysia bergerak menuju ke arah negara pengguna kepada pemain industri aktif dalam mencipta dan mengeluark­an produk keselamata­n terkini,” kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pada masa depan Malaysia mungkin memiliki firma keselamata­n terkenal di peringkat antarabang­sa bagi menghasilk­an teknologi berdaya saing.

“Bagi mencapai cita-cita ini, kita perlu tingkatkan program penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) demi memenuhi keperluan dikehendak­i.

“Saya harap Datuk Seri Hishammudd­in (Hussein) (Menteri Pertahanan) dan KSU (Ketua Setiausaha) bersama KSU saya serta Kementeria­n Kewangan membiayai penuh program R&D dalam industri pertahanan dan keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis prapelanca­ran Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) ke-16 dan Pameran Antarabang­sa Keselamata­n Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Masir Kujat.

DSA 2018 dan NATSEC diadakan dari 16 hingga 19 April di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC) berhampira­n Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Lebih 100 syarikat mempamerka­n produk mereka selain 350 delegasi dari 45 negara dan 42,000 pelawat dari 70 negara dijangka hadir pada DSA dan NATSEC.

 ??  ?? AHMAD Zahid (kanan) diiringi Hishammudd­in pada majlis pelancaran NATSEC Asia 2018 di MITEC, semalam.
AHMAD Zahid (kanan) diiringi Hishammudd­in pada majlis pelancaran NATSEC Asia 2018 di MITEC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia