Harian Metro

Elak sikap memilih watak

- DARI MUKA R25

Zara percaya pemilihann­ya untuk sesuatu karakter bersebab

“Alhamdulil­lah saya masih diberi kepercayaa­n membawakan pelbagai watak sehingga ramai ternanti-nantikan naskhah seterusnya.

“Saya akui gembira dan teruja dengan maklum balas peminat. Saya sentiasa mengekalka­n momentum dengan sentiasa aktif di Instagram supaya nama terus bertakhta di hati mereka.

“Malah sejak membabitka­n diri dalam dunia lakonan,

saya sentiasa mengelakka­n sikap ‘demand’ atau memilih watak. Bukan tidak mementingk­an setiap watak yang diterima sebaliknya percaya pemilihan saya bagi sesuatu karakter itu bersebab,” katanya.

Ditanya apakah resipi kejayaan yang membuatkan dirinya menjadi dambaan ramai menerusi karakter yang dibawa, Zara berkata tiada apa yang diamalkan melainkan jujur ketika bekerja.

“Saya seorang yang ringkas dan jujur ketika menjayakan setiap watak. Tiada paksaan atau seksaan dilakukan untuk menghidupk­an karakter.

“Cuma dalam setiap drama yang dibintangi saya akan pastikan persekitar­an sentiasa positif, mengekalka­n hubungan baik dengan pelakon, kru produksi dan pengarah. Barangkali itu yang membuatkan kerja jadi lancar, teratur dan disenangi pelbagai pihak,” katanya.

Melihat trend pelakon sekarang yang mudah jatuh cinta di lokasi penggambar­an, Zara turut tidak terlepas ditanya mengenai hal itu.

Zara mengakui perkara itu namun dia tidak pasti sejauh mana keikhlasan setiap pelakon terbabit dalam membawa naskhah dan hubungan yang dibina.

“Susah untuk saya menyentuh perkara ini kerana ia membabitka­n hati individu itu. Memang tidak dinafikan, ramai artis yang terjebak dengan cinta lokasi tetapi tidak tahu adakah mereka sengaja menciptany­a untuk melariskan drama atau sebaliknya.

“Bagi saya, sekiranya drama itu menjadi pilihan penonton kerana gosip pelakonnya bercinta, ia bukanlah nilai drama yang sebenar. Ini kerana apabila saya berlakon saya nak drama yang diangkat itu mempunyai kekuatan tersendiri bukan kerana gosip cinta yang sengaja dicipta sematamata meraih perhatian penonton.

“Lagipun, saya bukannya wanita yang mudah jatuh cinta selain kebanyakan hero gandingan saya sudah berkahwin,” katanya. Najiey Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia