Harian Metro

Insiden di China penuh debaran

-

DARI MUKA N33

Perjalanan bermula 14 Julai tahun lalu di Tanjung Piai, Pontian, Johor dan pada peringkat awalnya berjalan lancar.

Namun, apabila memasuki China, cabaran mula ‘menyambut’ kedatangan mereka.

Timbalan Pengerusi PeKA Zikri Fuad berkata, pada hari keenam di China dan ketika memasuki bandar Xindian, mereka terpaksa menunggu beberapa jam di sebuah tol.

Menurutnya, Xindian dibangunka­n menjadi sebuah bandar Islam.

“Kami diiringi polis dan tentera hingga memasuki hotel penginapan di bandar berkenaan selain dipantau 24 jam oleh pasukan keselamata­n terbabit.

“Pasport kami dirampas dan mereka (pasukan keselamata­n) menyimpann­ya sebelum diserahkan semula selepas keluar dari wilayah berkenaan,” katanya kepada Nuansa.

Menurutnya, pada hari ketujuh di bandar itu, pasukan unit khas polis pula mengekori mereka dan merampas kamera rasmi PeKA.

“Mereka merampas kamera dan kemudian memadam gambar dan rakaman video berkenaan satu program di sebuah madrasah di bandar itu.

“Mujur saya pantas sembunyika­n kamera peribadi dan semua gambar sepanjang perjalanan sebelum tiba di China. Syukur ia dapat diselamatk­an,” katanya.

Beliau berkata, selepas itu mereka singgah di bandar Turpan iaitu sebuah bandar lama yang wujud sejak 2,200 tahun lalu dan kawasan kedua terendah di dunia selepas Laut Mati.

Apabila tiba di sebuah kampung iaitu Xinjiang di bandar itu, mereka singgah di sebuah masjid yang dibina menggunaka­n tanah dan dicampur jerami untuk menunaikan solat.

“Ketika solat, hujan turun dan menitis ke atas badan kami kerana bumbung masjid bocor. Ketika berdoa, tanpa sedar air mata kami mengalir kerana berasa sayu secara tiba-tiba.

“Kami sangat terkejut sebaik keluar dari masjid itu didapati ramai tentera lengkap berperisai menunggu di luar masjid,” katanya.

Menurutnya, mereka terpinga-pinga melihat kehadiran tentera itu dan tertanya-tanya apa kesilapan yang dilakukan.

“Kami diberitahu sudah melanggar peraturan ditetapkan kerajaan di wilayah terbabit yang orang muda berusia bawah 50 tahun tidak dibenarkan solat ataupun mengadakan sebarang aktiviti di masjid.

“Sekali lagi kami diiringi ke balai polis dan selepas berbincang, kami dibebaskan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.

“Insiden itu berlaku selama kira-kira tiga jam dan kami benar-benar tidak menyangka ditahan buat kali kedua. Namun, ia sedikit pun tidak melunturka­n semangat kami untuk menyempurn­akan misi penjelajah­an ini,” katanya.

 ??  ?? PESERTA Kembara Inspirasi Haji lengkap berpakaian ihram.
PESERTA Kembara Inspirasi Haji lengkap berpakaian ihram.
 ??  ?? MENGADAKAN program Sabil iaitu memberi bantuan makanan kepada jemaah haji di Makkah.
MENGADAKAN program Sabil iaitu memberi bantuan makanan kepada jemaah haji di Makkah.
 ??  ?? PESERTA Kembara Inspirasi Haji menginap di inap desa di Turpan yang dibina daripada tanah dan jerami.
PESERTA Kembara Inspirasi Haji menginap di inap desa di Turpan yang dibina daripada tanah dan jerami.
 ??  ?? MENAIKI motosikal di Urumqi, China.
MENAIKI motosikal di Urumqi, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia