Harian Metro

Tarik jentera bomba

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Pertanding­an anjuran MPAJ disertai 150 peserta

Latihan menarik lori sampah seberat 16 tan selama tiga hari sebelum pertanding­an membawa tuah kepada kumpulan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam Majlis Perbandara­n Ampang (MPAJ) apabila dinobatkan sebagai johan Pertanding­an Tarik Jentera Bomba Tarik Jangan Tak Tarik.

Pertanding­an julung kali anjuran MPAJ itu disertai

150 peserta yang diadakan sempena Hari Tanpa Kenderaan Bulan Februari 2018, baru-baru ini.

Tempat kedua dimenangi Jabatan Perlesenan MPAJ dengan hadiah wang tunai RM400 sementara tempat ketiga ialah Jabatan Belia dan Masyarakat MPAJ yang menerima wang tunai RM300.

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam MPAJ berjaya menarik jentera itu pada jarak lebih 10 meter dengan catatan masa 7 minit 4 saat, sekali gus menewaskan sembilan kumpulan lain.

Wakil kumpulan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam MPAJ, Muhammad Hafifi Mohd

Sari berkata, kejayaan itu hasil daripada latihan yang mereka lakukan sebelum ini bagi menguji kekuatan 11 ahli pasukan berkenaan.

“Lori yang ditarik ketika latihan adalah lebih berat berbanding jentera bomba dalam pertanding­an iaitu 11 tan.

“Walaupun ia lebih ringan namun kami tetap menggunaka­n sepenuh tenaga supaya dapat menarik jentera itu pada jarak lebih jauh berbanding pasukan lain,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, pasukan lain turut memberikan saingan sengit dan menjadi pengalaman berharga kerana masing-masing baru menyertain­ya.

“Penyertaan dalam pertanding­an ini juga hanyalah sekadar suka-suka dan tidak sangka menjadi juara serta memenangi hadiah wang tunai RM500.

“Insya-Allah, kami akan menyertai pertanding­an seperti ini pada masa akan datang kerana semua ahli gemarkan cabaran,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPAJ Abd Hamid Hussain berkata, program itu diadakan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Ampang bagi memeriahka­n lagi sambutan Hari Tanpa Kenderaan 2018 yang dijalankan setiap bulan.

“Kita sentiasa mempelbaga­ikan aktiviti pada sambutan itu bagi menarik minat masyarakat setempat untuk turut serta dalam setiap program diadakan.

“Ini secara tidak langsung mengeratka­n hubungan antara MPAJ dengan masyarakat kerana mereka adalah ejen penting bagi kedua pihak terbabit,” katanya.

 ??  ?? PESERTA pertanding­an bergambar kenangan.
PESERTA pertanding­an bergambar kenangan.
 ??  ?? TIMBALAN Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Ampang Jaya Hasrul Nizam Shaari (kiri) turut menyertai pertanding­an.
TIMBALAN Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Ampang Jaya Hasrul Nizam Shaari (kiri) turut menyertai pertanding­an.
 ??  ?? GILIRAN diundi sebelum
pertanding­an bermula.
GILIRAN diundi sebelum pertanding­an bermula.
 ??  ?? PESERTA bertungkus-lumus menarik
jentera bomba seberat 11 tan.
PESERTA bertungkus-lumus menarik jentera bomba seberat 11 tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia