Harian Metro

Barulah seronok ke sekolah

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

50 murid terima bantuan program Empire Pencil Project

Nasibnya tidak sama seperti rakan seusia dengannya apabila terpaksa tinggal bersama datuk dan nenek kerana ibu kandung tidak dapat dikesan sejak dia dilahirkan.

Lebih malang apabila dua daripada enam adikberadi­knya tidak dapat meneruskan persekolah­an disebabkan kemiskinan yang menghimpit.

Sukar digambarka­n segala kepayahan yang terpaksa diharungi keluarga ini kerana hanya bergantung kepada sumber pendapatan datuknya berusia 62 tahun yang bekerja sebagai anggota keselamata­n secara sambilan.

Mohd Fari Abdullah,

11, kini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Empat (1) Sentul, Kuala Lumpur dan kesusahan hidupnya mendapat perhatian Empire Project untuk menyumbang­kan barangan dapur.

Dia antara 50 murid sekolah berkenaan yang menerima bantuan itu selain sumbangan set alat tulis di bawah program Empire Pencil Project.

Pengurus Empire Project Mohd Asyraf Khan Najib berkata, sumbangan itu susulan program Empire Food Bank pertubuhan berkenaan yang membabitka­n lebih 150 keluarga miskin bandar di sekitar Lembah Klang.

“Kini kami memperluas­kan manfaat Empire Food Bank kepada murid terpilih dengan kerjasama guru sekolah.

“Bantuan barangan dapur ini bernilai RM30 dan mereka menerima barangan seperti beras, minyak masak, serbuk minuman, tepung gandum, bijiran sarapan serta bihun,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak membantu meringanka­n bebanan keluarga penerima dan memberikan kegembiraa­n kepada mereka.

Sementara program Empire Pencil Project pula, Mohd Asyraf berka ta, sekali lagi pertubuhan itu melakar sejarah dengan memecahkan rekod tersendiri apabila berjaya mengumpul 12,236 pensil.

“Tahun lalu, kami hanya mengumpul 10,224 pensil hasil kerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar SMK Sri Hartamas.

“Semua pensel ini akan diberikan kepada pelajar yang dikategori­kan sebagai orang kelainan upaya dan kanakkanak di Kemboja.

“Peningkata­n jumlah kutipan pensel setiap tahun menunjukka­n keprihatin­an rakyat Malaysia yang ingin samasama melakukan kebaikan biar pun sekadar sebatang pensel,” katanya.

Katanya, program itu akan diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha menggalakk­an kanakkanak lebih aktif dalam penulisan.

Selain mengharapk­an mereka menjadi seorang yang mahir menulis, melukis dan kreatif.

 ??  ?? SEMUA 50 murid SK Batu Empat (1) Sentul yang menerima sumbangan barangan dapur dan pensel.
SEMUA 50 murid SK Batu Empat (1) Sentul yang menerima sumbangan barangan dapur dan pensel.
 ??  ?? MURID SK Batu Empat (1) Sentul yang dipilih menerima sumbangan.
MURID SK Batu Empat (1) Sentul yang dipilih menerima sumbangan.
 ??  ?? MOHD Asyraf Khan (kanan) bersama seorang penerima.
MOHD Asyraf Khan (kanan) bersama seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia