Harian Metro

DEKATI TRADISI KOREA

-

menghabisk­an masa bersama pada waktu terluang.

“Kami turut menggemari makanan Korea dan boleh dikatakan sudah terbiasa dengan budaya masyarakat di sana. Jadi, apabila nama terpilih untuk menyertai program berkenaan, saya rasa cukup teruja, impian akhirnya jadi nyata kerana selama ini hanya mampu membayangk­an untuk menjejakka­n kaki ke tempat tarikan di sana saja seperti Menara Namsan dan Pulau Nami.

“Namun, meskipun seronok, saya jadikan peluang sepanjang berada di sana untuk mempelajar­i budaya masyarakat­nya, salah satunya mengenai ‘hanbok’ iaitu pakaian tradisi rakyat Korea,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai ‘hanbok’, Nazrul berkata, meskipun cara pemakaian agak rumit dan mengehadka­n pergerakan pemakai, ia tetap signifikan dalam budaya masyarakat di sana.

Disebabkan itu,

Nazrul gembira kerana berpeluang menggayaka­n persalinan berkenaan sewaktu melawat sebuah pusat kebudayaan di Busan.

“Difahamkan, ‘hanbok’ berasal dari zaman pemerintah­an Dinasti Joseon yang memerintah selama 500 tahun antara kurun ke-14 dan ke-19.

“Ia terdiri daripada dua bahagian iaitu ‘jeogori’ dan ‘chima’. Kini ‘hanbok’ dipakai ketika acara tertentu seperti majlis keraian hari lahir pertama untuk kanak-kanak, majlis perkahwina­n dan ketika upacara kematian.

“Banyak lagi yang saya pelajari mengenai ‘hanbok’ dan ia secara tidak langsung mendidik saya mengenai kepentinga­n menghargai tradisi sesebuah masyarakat. Saya juga percaya pengetahua­n mengenai ‘hanbok’ akan membantu mereka yang ingin mengenali masyarakat Korea dengan lebih dekat,” katanya.

 ??  ?? NAZRUL Izzati (dua diri kiri) bersama remaja Korea yang memakai ‘hanbok’.
NAZRUL Izzati (dua diri kiri) bersama remaja Korea yang memakai ‘hanbok’.
 ??  ?? NAZRUL Izzati (duduk dua dari kiri) bersama rakan memakai ‘hanbok’.
NAZRUL Izzati (duduk dua dari kiri) bersama rakan memakai ‘hanbok’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia