Harian Metro

Utamakan teknik kekemasan

-

“Sambutan Tahun Baru Cina sinonim dengan warna merah namun tidak semestinya perlu menggunaka­n rona merah terang dalam solekan kerana apa yang lebih penting adalah solekan yang manis dipandang.

“Saya menekankan bahagian mata dengan penggunaan warna bersesuaia­n iaitu rona lembut supaya hasil solekan tidak nampak keterlalua­n,” katanya.

Noraini berkata, dia lebih mengutamak­an teknik kekemasan supaya solekan tidak nampak pelik.

“Penggunaan celak selain warna pembayang mata perlu sesuai selain merapikan bahagian tertentu seperti kening dan bulu mata supaya penampilan bukan saja cantik, malah nampak kemas.

“Selain menghadiri jemputan rumah terbuka atau menghadiri apa juga majlis, solekan ini juga sesuai digayakan untuk sesi temu duga,” katanya.

Menurut Noraini, selain memberi penekanan pada bahagian mata, solekan pada bahagian lain perlu dilakukan dengan teliti menggunaka­n rona ringkas yang tetap kelihatan mewah.

“Warna lembut pada solekan paling tepat kerana ia sesuai dengan semua rona pakaian. Ia menjadikan wajah lebih memukau terutama bagi menghilang­kan kesan lesu,” ujarnya.

“Sekiranya bertudung disarankan mengenakan tudung dengan rona sedikit terang berbanding busana dipakai bagi menaikkan seri solekan sempena Tahun Baru Cina ini,” ujarnya.

Noraini berkongsi langkah demi langkah dalam menghasilk­an solekan ringkas namun menawan.

 ??  ?? 4. SAPU pembayang mata menggunaka­n rona lembut dan semula jadi seperti warna tanah atau merah jambu.
5. BENTUK kening supaya penampilan lebih cantik dan manis dipandang. 6. SETERUSNYA, pemerah pipi disapukan dengan tidak keterlalua­n.
7. LANGKAH...
4. SAPU pembayang mata menggunaka­n rona lembut dan semula jadi seperti warna tanah atau merah jambu. 5. BENTUK kening supaya penampilan lebih cantik dan manis dipandang. 6. SETERUSNYA, pemerah pipi disapukan dengan tidak keterlalua­n. 7. LANGKAH...
 ??  ?? MODEL bersama Noraini.
MODEL bersama Noraini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia