Harian Metro

‘Sam paling mirip Azizul’

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Pengarah Raja Mukhriz

Raja Ahmad Kamaruddin berbesar hati apabila aktor popular Shahiezy

Sam mengakui bersedia menjayakan watak jaguh keirin dunia, Azizulhasn­i Awang.

Sebuah filem bercorak biografi atau biopik membabitka­n kisah pelumba basikal negara itu bakal diterbitka­n UniTalent Sdn Bhd dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama syarikat pengurusan Azizul, ThreeSixty Management.

Raja Mukhriz diberikan tanggungja­wab untuk mengarahka­n filem yang menampilka­n kisah wira negara itu dan dijangka bakal menelan belanja RM6 juta.

Jelas Raja Mukhriz sewaktu dihubungi, dia menyambut baik maklum balas diberikan Sam yang bersungguh mahu menjayakan watak Azizul.

“Saya akui Sam pelakon yang baik. Malah kalau hendak dilihat dari sudut fizikal tidak dinafikan dia paling mirip dengan Azizul.

“Cuma dalam situasi sekarang, secara psikologin­ya pihak produksi masih dalam proses penyelidik­an dan buat masa ini terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan,” katanya.

Tegas Raja Mukhriz, andai dinilai dari sudut kemampuan bakat dan lakonan, Sam boleh menjayakan watak sebagai Azizul.

“Saya beberapa kali melihat gambar Sam dan Azizul, mereka hampir sama. Dinilai dari sudut fizikal pula, tidak banyak sangat perkara yang perlu diubah.

“Namun, pihak produksi perlu juga menilai dari sudut perkembang­an watak kerana ini adalah filem biopik. Kita tidak tahu dari sisi mana kisah Azizul ini mahu diangkat. Adakah dari zaman selepas peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sewaktu dia memulakan latihan di

Bukit Jalil dan seterusnya menjalani latihan di Australia? Semua perkara ini perlu diambil kira,” katanya

Kata Mukhriz, ada perkara lain yang perlu dipertimba­ngkan iaitu sekiranya pihak penerbitan filem terbabit meletak

Sam atau siapa saja aktor yang sudah ada nama dalam industri perfileman tempatan memegang watak sebagai Azizul, kemungkina­n penonton akan lihat Sam dan bukan Azizul.

Mukhriz turut menegaskan untuk menghasilk­an filem biopik, sebaik-baiknya pihak penerbitan mengadakan sesi uji bakat bagi membuka ruang dan peluang kepada semua pihak termasuk penerbit sendiri agar apa yang mahu dilakukan itu dirasakan tepat.

Sewaktu majlis sidang media pengumuman mengenai filem biopik Azizulhasn­i Awang berlangsun­g minggu lalu, beberapa rakan media mencadangk­an penerbit melamar Sam memandangk­an aktor itu dilihat paling ‘mirip’ dengan juara lumba basikal negara itu.

 ??  ?? Cuma dalam situasi sekarang,
secara psikologin­ya pihak produksi masih dalam proses
penyelidik­an dan buat masa
ini terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan
RAJA Mukhriz (kanan) bersama Azizulhasn­i.
Cuma dalam situasi sekarang, secara psikologin­ya pihak produksi masih dalam proses penyelidik­an dan buat masa ini terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan RAJA Mukhriz (kanan) bersama Azizulhasn­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia