Harian Metro

Berkelah tagih dua nyawa

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz news@nstp.com.my

 Percutian 12 sahabat bertukar tragedi, mangsa lemas di kolam air terjun tingkat 7

Percutian 12 sahabat ke Taman Eko Rimba Berkelah di sini, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas selepas mandi di tingkat tujuh air terjun berkenaan.

Muhammad Shah Faris Shahrin dan Azfar Mohammad masing-masing berusia 22 tahun dari Pandamaran, Selangor ditemui anggota bomba jam 8 pagi semalam selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan, kelmarin.

Saksi kejadian yang juga rakan mangsa Muhammad Saiful Ikhmal Hamdan, 22, berkata, mereka ke pusat rekreasi itu dari Pandamaran jam 7 pagi kelmarin menaiki dua kereta.

Katanya, mereka tiba jam 10 pagi dan meredah hutan serta mendaki bukit selama tiga jam untuk tiba di tingkat tujuh air terjun berkenaan.

“Kami buat keputusan mandi di situ, namun pada jam 3 petang saya lihat

Shah Faris tiba-tiba terkapai-kapai meminta tolong.

“Kami cuba membantuny­a, tetapi gagal sebelum Azfar terjun ke dalam kolam untuk menyelamat­kannya.

“Malangnya, Azfar juga tidak timbul selepas cuba menyelamat­kan Shah Faris menjadikan kami cemas sebelum naik ke tebing,” katanya.

Muhammad Saiful Ikhmal berkata, dia keluar dari kawasan itu bagi mendapatka­n isyarat telefon bimbit menghubung­i pihak berkuasa.

“Ini kali pertama kami ke sini. Sebelum ini kami tidak pernah mendengar nama air terjun ini. Pencarian di membawa kepada Taman Eko Rimba Berkelah sebagai lokasi popular,” katanya.

Rakan mangsa Mohd Zulfazlin Mohd Aliyas, 21, berkata, seorang lagi rakan mereka juga nyaris lemas ketika cuba menyelamat­kan Muhammad Shah Faris dan Azfar, tetapi sempat ditarik ke tepi.

“Ketika kejadian mereka berada di sekitar kolam air terjun itu. Kejadian berlaku pantas menyebabka­n kami panik dan cuba menyelamat­kan mereka tanpa menyedari risiko,” katanya.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata, mayat Azfar ditemui jam 7.56 pagi pada kedalaman 10 meter manakala mayat Muhammad Shah Faris sembilan minit kemudian pada kedalaman 12 meter.

“Mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), JBPM Pahang selain dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.

 ??  ??
 ??  ?? BAPA mangsa, Mohammad Chek Din (kiri) tidak dapat menahan sebak selepas mengetahui anaknya, Azfar lemas. MUHAMMAD Shah Faris
AZFAR
BAPA mangsa, Mohammad Chek Din (kiri) tidak dapat menahan sebak selepas mengetahui anaknya, Azfar lemas. MUHAMMAD Shah Faris AZFAR
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia