Harian Metro

Panggil saja terus gelabah

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

 Mangsa penipuan Scam rugi RM1 juta terpedaya helah konon dipenjara, direman

Terpedaya dengan helah kononnya bakal dipenjara dan reman selama 40 hari menyebabka­n mangsa penipuan Macau Scam takut serta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun sindiket hingga mengalami kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan Superinten­dan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, sebaik mendengar mereka akan dipenjara dan direman untuk tempoh panjang menyebabka­n mangsa terus mengikut semua arahan sindiket yang kononnya boleh menyelesai­kan masalah itu.

Katanya, cara itu sebenarnya menyebabka­n wang simpanan mangsa hilang dalam sekelip mata selepas memasukkan semuanya dalam akaun yang diberikan sindiket.

“Sepanjang tahun lalu hingga Januari lalu, 42 mangsa terpedaya dengan penipuan Macau Scam membabitka­n kerugian lebih RM1 juta.

“Kebanyakan mangsa adalah penjawat awam dan usahawan wanita berusia 40 tahun ke atas termasuk mereka yang berpencen serta mempunyai kedudukan kewangan kukuh,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di IPK Kelantan di sini, semalam.

Beliau berkata, sindiket Macau Scam akan menghubung­i mangsa secara rawak dengan menyamar sebagai pegawai bank dan memaklumka­n mereka mempunyai tunggakan pinjaman peribadi yang tidak dijelaskan walaupun hakikatnya mangsa tidak pernah membuat sebarang pinjaman bank sebelum ini.

Katanya, pemanggil akan membaca maklumat mangsa secara terperinci dan mendakwa ia turut digunakan oleh pihak ketiga sebagai penama pinjaman peribadi hingga menyebabka­n nama disenarai hitam.

“Suspek akan mengarahka­n mangsa membuat laporan polis dengan segera dan menyambung talian kepada suspek kedua kononnya bertindak sebagai pegawai polis yang boleh mengambil laporan mangsa.

“Suspek kedua akan memaklumka­n mangsa juga terbabit dengan pengubahan wang haram serta kesalahan dadah yang mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya. Balik Pulau: Hampir tiga jam operasi mencari dan menyelamat terpaksa dilakukan sepasukan anggota bomba selepas mendapat maklumat mengatakan dua mangsa tercampak keluar dari kereta yang terjunam dalam gaung di Jalan Teluk Bahang di sini, malam semalam.

Namun operasi itu terpaksa dihentikan selepas polis mengesahka­n hanya seorang mangsa iaitu pemandu kereta berusia 28 tahun terbabit dalam kemalangan itu.

Difahamkan, ketika diselamatk­an, mangsa yang juga pemandu kereta terbabit dalam keadaan panik memberitah­u anggota bomba ada dua lagi penumpang tercampak keluar daripada kenderaann­ya.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.01 malam dan tiba di lokasi 30 minit kemudian.

“Kereta dipandu mangsa terjunam dalam gaung kira-kira 30 meter dan kita berjaya menyelamat­kannya sebelum diserahkan kepada anggota perubatan. Ketika itu, mangsa yang mungkin dalam keadaan panik memberitah­u ada dua lagi penumpang dalam keretanya dan mereka dikatakan tercampak keluar,” katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat dilakukan, namun selepas hampir tiga jam pihaknya gagal menemui dua lagi mangsa yang didakwa tercampak keluar.

“Kita kemudian memperoleh maklumat daripada polis yang memberitah­u hanya seorang mangsa terbabit dalam kemalangan itu.

“Mangsa yang juga pemandu kereta terbabit yang dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk mendapatka­n rawatan kemudian memberitah­u polis hanya dia seorang berada dalam kereta itu,” katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat dihentikan sepenuhnya jam 10.56 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia