Harian Metro

Tajaan terbuka pengajian teologi di Iran tidak wajar

-

Kuala Lumpur: Penawaran tajaan pendidikan secara terbuka bagi pengajian teologi di Iran tidak wajar kerana ia dibimbangi boleh mengembang­kan aliran Syiah yang sudah diputuskan tidak bersesuaia­n di negara ini.

Bagaimanap­un jika ia penawaran secara terhad, peluang itu boleh dimanfaatk­an dengan menghantar pengkaji akademik untuk mengupas aliran itu dan boleh digunakan untuk mengekang penularann­ya di negara ini.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Jufitri Joha berkata, tajaan terbuka kepada sesiapa saja tidak seharusnya berlaku kerana ia akan membawa ancaman daripada aspek akidah umat Islam yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Menurutnya, aliran Syiah juga sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai tidak sesuai diamalkan di negara ini yang bermazhab Syafie.

“Namun jika tajaan pendidikan itu bersifat terhad, kita boleh mengambil peluang terbabit dengan menghantar ahli akademik kita yang sudah mantap dalam aspek akidah ASWJ dan ingin mengkaji aliran Syiah.

“Pengkajian itu dapat membantu bukan saja pihak berkuasa, malah memberi pencerahan yang sebenar mengenai Syiah dan mengapa aliran berkenaan tidak sesuai di negara kita,” katanya, semalam.

Minggu lalu, Harian Metro mendedahka­n taktik terkini gerakan Syiah yang menggunaka­n tajaan dana pendidikan kepada pelajar Malaysia khusus dalam bidang teologi.

Penawaran secara terbuka itu menimbulka­n 1,001 persoalan terutama ia membabitka­n jurusan teologi dan ia dipercayai pendekatan gerakan terbabit untuk mengembang­kan aliran Syiah membabitka­n pelajar tempatan.

 ??  ?? JUFITRI
JUFITRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia