Harian Metro

Berlapang dada akur keputusan

-

 Persempada­nan semula kawasan pilihan raya ikut sistem perundanga­n

perlu berlapang dada dengan keputusan mahkamah kerana ia dibuat mengikut sistem perundanga­n dan perlembaga­an negara.

“Kita harus mematuhi keputusan dibuat mahkamah dan tindakan susulan harus dilakukan SPR. Kami sebagai kerajaan juga akur dengan keputusan dibuat mahkamah.

“Parti politik perlu akur keputusan mahkamah kerana ia mengikut sistem perundanga­n dan garis panduan dalam Perlembaga­an negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pra pelancaran Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) ke-16 dan Pameran Antarabang­sa Keselamata­n Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 di sini, semalam.

Mahkamah Persekutua­n semalam memutuskan cadangan SPR melaksanak­an persempada­nan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif yang mempengeru­sikan panel tiga hakim berkata, urusan persempada­nan semula itu tidak mengikat mana-mana pihak dan oleh itu tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Beliau menyatakan demikian dalam keputusan menolak dua permohonan dikemukaka­n dua anggota Parlimen DAP dari Perak dan tujuh pengundi dari Melaka bagi mendapatka­n kebenaran Mahkamah Persekutua­n untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak menyebelah­i mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia