Harian Metro

Semak semula kes ubah wang haram 20 Mac

- Mohd Anwar Patho Rohman am@hmetro.com.my

Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 20 Mac depan untuk keputusan permohonan semakan semula bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Teo Chee Kong yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan berkaitan kes pengubahan wang haram.

Hakim Datuk Nurcahaya Arshad menetapkan tarikh itu dan mengarahka­n kedua-dua pihak pendakwa serta pembelaan untuk memfailkan hujah mereka pada 6 Mac depan.

Nurcahaya turut menetapkan 27 Februari untuk pasukan pendakwaan mengemukak­an afidavit jawapan mereka selepas Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman yang mewakili Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta lebih banyak masa.

Awal bulan ini, Chee Kong mengemukak­an tiga permohonan semakan melalui peguamnya ke mahkamah.

Semakan itu berkaitan keengganan Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat menarik diri daripada mendengar perbicaraa­n dan bantahan terhadap perintah Mahkamah Sesyen untuk dibicaraka­n bersama tiga tertuduh lain.

Chee Kong melalui peguamnya turut memfailkan notis usul berhubung pengeluara­n dokumen dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditolak hakim Mahkamah

Sesyen.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Tengku Amir Zaki berkata, Chee Kong turut meminta SPRM memulangka­n dokumen pemulangan cukai 2004 dan 2005.

“Kita membantah dan mahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk membuat keputusan sama ada Hakim Mahkamah Sesyen (Abu Bakar) akan menarik diri dan perbicaraa­n akan dijalankan berasingan,” katanya.

Chee Kong diwakili oleh peguam Roland

Cheng dan dibantu Ram Singh.

Semua pihak terutama pembangkan­g perlu mematuhi keputusan Mahkamah Persekutua­n berhubung persempada­nan semula kawasan pilihan raya dilaksanak­an Suruhanjay­a Kuala Lumpur: Keputusan Mahkamah Persekutua­n berhubung cadangan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) melaksanak­an urusan persempada­nan semula kawasan pilihan raya tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman membuktika­n usaha suruhanjay­a itu selaras peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n.

Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau yakin pihak yang tidak berpuas hati dengan cadangan persempada­nan semula selepas draf dipamerkan untuk kali kedua tidak mampu mencabarny­a di mahkamah.

Sehubungan itu, beliau berkata, usaha untuk mencabar usul persempada­nan semula di mahkamah bagi kawasan pilihan raya di Selangor tindakan sia-sia berikutan keputusan muktamad dibuat di Parlimen dengan majoriti mudah kerana usul itu tidak membabitka­n pertambaha­n kerusi.

Beliau berkata, tindakan SPR bukan berasaskan kepentinga­n politik, sebaliknya mengikut kehendak Perlembaga­an Persekutua­n bersandark­an prinsip memudahkan pengundi dan pentadbira­n sama ada di peringkat Pejabat Daerah mahupun pihak berkuasa tempatan

(PBT).

“Oleh itu, saya yakin apa Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia