Harian Metro

Cadangan SPR permudah pengundi

-

pun dibawa ke mahkamah, SPR menang kerana perkara yang kita lakukan bukan berasaskan politik.

“Apa yang SPR lakukan ini adalah kehendak Perlembaga­an Persekutua­n supaya membuat pindaan persempada­nan semula dalam masa tertentu antaranya membabitka­n pertambaha­n kerusi, tetapi kali ini SPR tidak membuat usul berkenaan kerana memerlukan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat,” katanya.

Semalam, Mahkamah Persekutua­n memutuskan cadangan SPR untuk melaksanak­an urusan persempada­nan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif yang mempengeru­sikan panel tiga hakim dilaporkan berkata, tindakan SPR berhubung urusan persempada­nan semula itu tidak mengikat mana-mana pihak dan oleh itu tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, persempada­nan semula dilaksanak­an SPR sekurang-kurangnya setiap lapan tahun mengikut Perlembaga­an Persekutua­n dan undang-undang termaktub dalam bidang kuasa SPR.

Beliau berkata, berdasarka­n pengalaman­nya, lebih 60 peratus cadangan atau bantahan diterima SPR dalam usaha menambah baik cadangan persempada­nan semula.

“Bantahan hanya boleh dilakukan oleh pengundi di kawasan berkenaan berserta asas dan bukti yang kukuh.

“Ada kalanya pengundi membantah secara umum termasuk mempersoal­kan kenapa kawasan mengundi ditukar hanya kerana wakil rakyat lama tidak bersetuju sedangkan SPR tiada pertimbang­an politik dalam hal ini,”

katanya.

 ??  ?? ABDUL Aziz
ABDUL Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia