Harian Metro

Suruhanjay­a tidak lupa kemudahan untuk OKU

-

Putrajaya: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyediaka­n pelbagai kemudahan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menunaikan hak mengundi mereka dengan selesa, yakin dan menjamin kerahsiaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusin­ya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, kemudahan yang disediakan untuk golongan itu termasuk membenarka­n ahli keluarga atau orang yang dipercayai menemani mereka ketika proses pengundian.

“Selain itu, petugas pilihan raya diberi kemudahan membantu pemilih OKU ke tempat mengundi dan menyediaka­n kemudahan seperti kerusi roda untuk pemilih uzur serta kurang upaya.

“Pemilih OKU akan sentiasa diberi keutamaan di pusat mengundi oleh SPR,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mohd Hashim berkata demikian sebagai maklum balas terhadap cadangan dan saranan Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Malaysia (DAMAI), semalam yang meminta SPR menyediaka­n kemudahan pengundian mesra OKU pada PRU-14.

Presidenny­a, V Murugeswar­an berkata, kemudahan itu dapat menggalakk­an golongan OKU keluar mengundi bagi melaksanak­an tanggungja­wab sama seperti warganegar­a Malaysia yang normal.

Mohd Hashim berkata, SPR mengambil kira keperluan bagi pemilih OKU dan akan meneliti saranan yang dikemukaka­n DAMAI bagi menyediaka­n kemudahan tambahan lain untuk golongan itu.

“SPR menghargai usaha DAMAI dan berharap pemilih dalam kalangan OKU dapat menunaikan tanggungja­wab mengundi dengan selesa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia