Harian Metro

Senang sapu RM13j

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Datuk tawar projek rumah mampu milik tak wujud ditahan

Menawarkan lantikan sebagai kontraktor kepada syarikat atau mangsa yang berminat untuk membina rumah mampu milik.

Itu taktik licik seorang lelaki bergelar Datuk yang memperdaya mangsa dengan menawarkan projek pembinaan rumah mampu milik tidak wujud sehingga menyebabka­n kerugian lebih RM13 juta.

Bagaimanap­un, helah lelaki berusia 52 tahun yang juga pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) di dua koperasi berpusat di Subang Jaya, Selangor terbongkar apabila dia ditahan di premis berkenaan pada 7 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, lelaki itu ditahan selepas pihaknya menerima 16 laporan membabitka­n kedua-dua koperasi berkenaan bagi tempoh 2014 hingga tahun lalu daripada mangsa.

Katanya, polis menjalanka­n siasatan terhadap lelaki itu yang didakwa menjalanka­n kegiatan penipuan dengan menawarkan projek pembinaan rumah mampu milik tidak wujud di seluruh negara.

“Berdasarka­n laporan dibuat, polis membuka 11 kertas siasatan berhubung kes itu sebelum suspek berjaya ditahan pada 7 Februari lalu.

“Dia kini masih dalam tahanan reman untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Amar berkata, siasatan pihaknya mendapati suspek akan membawa mangsa melawat tapak pembinaan yang sudah dikenal pasti selain mengemukak­an beberapa dokumen.

“Mangsa yang terpedaya kemudian membayar wang bon pelaksanaa­n antara RM300,000 dan RM2.3 juta atas nama koperasi itu.

“Selepas bayaran dijelaskan, mangsa akan menandatan­gani perjanjian usaha sama disediakan koperasi itu dan dijanjikan kerja pembinaan akan bermula dalam tempoh 18 bulan selepas perjanjian ditandatan­gani,” katanya.

Beliau berkata, mangsa bagaimanap­un tidak mendapat arahan untuk memulakan kerja selepas tempoh 18 bulan itu berlalu.

Menurutnya, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu selepas siasatan dilengkapk­an.

 ?? Amar Singh Ishar Singh ?? Berdasarka­n laporan dibuat, polis membuka 11 kertas siasatan berhubung kes itu sebelum suspek berjaya ditahan pada
7 Februari lalu”
Amar Singh Ishar Singh Berdasarka­n laporan dibuat, polis membuka 11 kertas siasatan berhubung kes itu sebelum suspek berjaya ditahan pada 7 Februari lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia