Harian Metro

Hospital teknologi BIM

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

 Hospital Parit Buntar berasaskan reka bentuk imej tiga dimensi

Hospital Parit Buntar akan menjadi hospital pertama di negara ini dibina menggunaka­n sistem Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) berasaskan reka bentuk imej tiga dimensi (3D).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembanguna­n hospital menelan kos RM136.7 juta itu membabitka­n teknologi pembinaan terkini menggantik­an AutoCAD.

“Ini bukti pihak kerajaan komited menunaikan janji kepada rakyat dan bukan janji kosong seperti didakwa pembangkan­g.

“Pembinaan hospital pertama dengan teknologi BIM di Malaysia ini dilaksanak­an mengikut perancanga­n dan spesifikas­i ditetapkan. Projek ini perlu mengambil masa bagi memenuhi beberapa kriteria sebelum pembinaan infrastruk­tur dimulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan hospital itu, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha.

Fadillah berkata, kelewatan pembinaan fasa ketiga projek mega itu tidak sepatutnya dipolitikk­an pembangkan­g kerana Kerajaan Pusat sudah melantik kontraktor bagi melaksanak­annya pada bulan lalu.

Beliau berkata, pembinaan hospital itu akan siap sepenuhnya menjelang penghujung Disember 2020.

Katanya, kerja pembanguna­n infrastruk­tur yang dilaksanak­an ketika ini hanya meliputi keluasan 25 peratus daripada keseluruha­n tapak hospital seluas 22.4 hektar.

“Hospital ini akan memanfaatk­an 200,000 penduduk daerah Kerian dengan dilengkapi kemudahan tambahan seperti bilik bedah, bilik X-ray, unit rawatan rapi (ICU), bilik rawatan pesakit luar dan hemodialis­is.

“Segala perancanga­n membina hospital ini akan diteruskan mengikut jadual, ketetapan harga dan standard spesifikas­i diluluskan dalam kontrak.

“Insya-Allah, saya sendiri akan memantau secara dekat pembinaan hospital ini dan sama-sama kita berdoa semoga ia dipermudah­kan,” katanya.

 ??  ?? FADILLAH (kanan) pada Majlis Pecah Tanah Hospital Parit Buntar.
FADILLAH (kanan) pada Majlis Pecah Tanah Hospital Parit Buntar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia