Harian Metro

Polis nafi lindung ejen tarik kereta

-

Subang Jaya: Polis menafikan pembabitan pihaknya dalam sebarang aktiviti menarik kenderaan yang didakwa melindungi kegiatan dilakukan ejen penarik kenderaan mewakili institusi kewangan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima laporan dan aduan orang ramai berhubung prosedur penarikan kereta dan motosikal membabitka­n polis yang didakwa melindungi kegiatan itu.

“Polis Subang Jaya tidak pernah terbabit secara langsung dan berkomprom­i dengan aktiviti penarikan kenderaan dijalankan institusi kewangan.

“Kebanyakan laporan dibuat ejen penarik kenderaan (EPS) dilantik pihak institusi kewangan hanya selepas proses penarikan kenderaan dijalankan bagi menyatakan kesahihan yang tindakan diambil mereka mengikut prosedur perundanga­n,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohamad Azlin berkata, kenderaan yang dibeli secara sewa beli terus menjadikan pembeli sebagai penyewa manakala institusi kewangan adalah pemilik.

“Mengikut Akta Sewa Beli, institusi kewangan berhak mengambil semula (tarik) kenderaan itu apabila penyewa gagal membayar jumlah ansuran ditetapkan dalam syarat perjanjian dengan pihak berkenaan.

“Bagaimanap­un, EPS perlu membuat permohonan dan pendaftara­n dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) bagi memperoleh kad kuasa untuk menjadi ejen,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia