Harian Metro

Syor audit keselamata­n bangunan setiap 10 tahun

-

Putrajaya: Pemilik bangunan dinasihatk­an supaya melakukan audit keselamata­n di bangunan masing-masing bagi memastikan premis mereka mematuhi aspek keselamata­n yang dibenarkan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, pihaknya mengesyork­an setiap bangunan itu diaudit setiap 10 tahun memandangk­an ia juga satu amalan baik yang diguna pakai di seluruh dunia.

Beliau berkata, pemilik bangunan boleh melantik badan bebas termasuk perunding keselamata­n bagi melakukan audit keselamata­n berkenaan.

“Badan bebas berkenaan akan mengeluark­an syor kepada JBPM sama ada bangunan itu selamat diduduki atau sebaliknya,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan prapelanca­ran Persidanga­n dan Pameran Kebombaan Antarabang­sa 2018 (IFCEM 2018), di sini, semalam.

Menurutnya, audit keselamata­n penting bagi memastikan aspek keselamata­n kebakaran tidak terabai.

Ketika ditanya sama ada JPBM akan mengikut peredaran semasa aspek keselamata­n ketika menyerahka­n Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO) atau Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) kepada setiap premis atau bangunan, Wan Mohd Nor berkata, pihaknya sentiasa mematuhi standard antarabang­sa dalam menganuger­ahkan CFO dan CCC.

“Setiap bangunan memiliki CFO dan CCC yang standard. Malaysia sering dikunjungi pelancong asing dan profesiona­l antarabang­sa, malah kebanyakan mereka menginap di hotel.

“Kalau bangunan kita tidak mencapai standard antarabang­sa yang dibenarkan, mereka tidak akan menginap di bangunan kita,” katanya.

Kalau bangunan kita tidak mencapai standard antarabang­sa yang dibenarkan, mereka tidak akan menginap di bangunan kita”

Wan Mohd Nor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia