Harian Metro

Malas ‘ambil’ lesen

- Safeek Affendy Razali am@hmetro.com.my

 4,010 saman dikeluar JPJ sepanjang seminggu Op Tahun Baru Cina

Masih ramai penunggang motosikal terus berdegil enggan memohon lesen menunggang sah dari pihak Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) walaupun operasi sekatan jalan raya kerap dilakukan.

Ini terbukti apabila pihak JPJ mengeluark­an 4,010 saman atas kesalahan tidak memiliki lesen menunggang motosikal atau CDL sepanjang seminggu Op Tahun Baru Cina (TBC) 2018 diadakan sejak 14 Februari lalu.

Saman berkenaan adalah sebahagian daripada 10,214 jumlah keseluruha­n saman atas pelbagai kesalahan yang dikesan terhadap penunggang motosikal di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Shaharuddi­n Khalid, berkata selain kesalahan tiada lesen memandu, kesalahan lain yang direkodkan adalah lesen tamat tempoh sebanyak 2,434 dan tiada cukai jalan 2,357.

“Tumpuan utama operasi khas TBC ini adalah menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas motosikal bagi mengesan penunggang yang masih ingkar tidak memiliki lesen dan cukai jalan.

“Operasi ini juga dilakukan bagi tujuan mendidik pengguna jalan raya mematuhi undang-undang yang ditetapkan,” katanya dalam operasi berkenaan di Jalan Bangsar, malam kelmarin.

Beliau berkata, usaha mendidik penunggang motosikal memiliki lesen adalah perlu kerana mereka akan memahami kepentinga­n keselamata­n dan undang-undang.

“Apabila dia tidak ada lesen atau cukai jalan, itu bermakna berlakunya ketirisan hasil kerajaan kerana tidak mendapat bayaran cukai daripada motosikal terbabit,” katanya.

Dalam operasi sama, sebanyak 420 saman dikeluarka­n atas 195 kenderaan. Operasi bermula jam 7 malam itu turut memeriksa lebih seribu kenderaan.

Hasil pemeriksaa­n di Jalan Bangsar itu, 290 kesalahan tidak memiliki lesen memandu kereta dan menunggang motosikal serta tiada cukai jalan.

Lima motosikal disita selain tiga individu ditahan selepas didapati positif dadah. Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan empat hari bermula 23 Julai depan untuk perbicaraa­n kes saman Penolong Setiausaha Persekutua­n Catur Malaysia Sophian A Yusuf terhadap ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berhubung fitnah membabitka­n pakaian kanak-kanak perempuan dalam pertanding­an catur tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Rohani Ismail menetapkan tarikh itu selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di dalam kamarnya di sini. Sophian diwakili peguam Mohd Harris Abdullah manakala Zuraida diwakili peguam Shahid Adli Kamarudin.

Shahid Adli ketika ditemui berkata, mahkamah menetapkan 13 April depan untuk pengurusan kes.

Berdasarka­n penyata tuntutan 20 Julai tahun lalu, Sophian memfailkan saman itu dengan menamakan Zuraida sebagai defendan melalui Tetuan Mohd Harris Sophian mendakwa dia dilantik sebagai Pengarah Pertanding­an bagi

Kejuaraan Catur Scholastic Kebangsaan 2017 yang diadakan di Putrajaya dari 14 April hingga 16 April tahun lalu.

Menurutnya, pada 29

April tahun lalu defendan secara melulu, berniat jahat dan tidak bertanggun­gjawab mengeluark­an kenyataan fitnah terhadapny­a.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah membawa maksud dia seorang pedophilia dan teruja dengan hanya melihat cara pakaian kanak-kanak berumur 12 tahun.

Sophian mendakwa kenyataan fitnah itu diedarkan untuk diterbitka­n dalam akhbar dan portal untuk mengaibkan, menjatuhka­n maruah, reputasi dan integriti plaintif yang terkenal dalam dunia catur tempatan dan dunia.

Oleh itu, plaintif memohon perintah terhadap defendan supaya kenyataan terbabit ditarik balik oleh akhbar dan portal dalam masa tujuh hari serta injunksi kekal yang melarang defendan atau wakilnya daripada mengulangi atau menerbitka­n kenyataan fitnah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia