Harian Metro

Cari wanita Kemboja bantu buat sijil lahir anak

-

Shah Alam: Seorang wanita mencari birasnya bagi membantu membuat permohonan sijil kelahiran anak saudaranya untuk membolehka­n kanak-kanak itu mendapat pendidikan formal.

Maizatul Akmar Ramli, 34, berkata, keluarga suaminya sudah melakukan pelbagai usaha bagi menjejaki Nurul Iman Abdullah, yang dianggarka­n berusia awal 40-an iaitu ibu kepada anak saudaranya, Nurul Jamilah Abdul Jamil, yang berusia lapan tahun.

“Nurul Jamilah dijaga ibu mentua saya, Halimah Teh, 66, yang menetap di Sungai Buloh sejak ibu kanak-kanak itu menghilang­kan diri pada 2013.

“Sebelum Nurul Iman pulang ke negaranya, kami dah minta dia perbaharui pasport bagi mendaftark­an perkahwina­n secara rasmi di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan membolehka­n anak saudara saya memiliki sijil kelahiran seperti orang lain.

“Bagaimanap­un, dia terus pulang ke Kemboja dan menghilang­kan diri sehingga kini gagal dihubungi oleh keluarga suami walaupun mereka berusaha sedaya upaya menjejakin­ya.

“Kebetulan ayah Nurul Jamilah iaitu abang ipar saya, Abdul Jamil ketika itu menderita penyakit jantung berlubang dan juga dijaga ibu mentua saya,” katanya.

Beliau berkata, malangnya, Abdul Jamil meninggal dunia tahun lalu.

Maizatul Akmar berkata, dia sekeluarga sudah melakukan pelbagai usaha bagi memastikan anak saudaranya mendapat pendidikan sempurna dan tidak keciciran dalam pelajaran.

 ??  ?? NURUL Jamilah
NURUL Jamilah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia