Harian Metro

Kerani kebas wang RM11,309 di tempat kerja dijel 12 bulan

-

Seorang bekas kerani agensi pelanconga­n dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan mencuri wang berjumlah RM11,309 milik tempatnya bekerja, awal tahun ini.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali memerintah­kan Muhamad Zhahir Mansor, 30, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 15 Februari lalu.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Muhamad Zhahir didakwa sebagai kerani yang dilantik sebagai pembantu umrah mencuri harta iaitu wang berjumlah RM11,309 milik YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan semua kesalahan itu di YHA Travel Tours, Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma di sini, jam 10 pagi, antara 16 Januari dan 1 Februari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya, memohon dikenakan hukuman penjara dan denda ringan dengan alasan ibu bapa bergantung harap kepadanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashima­h Hashim, membantah rayuan itu dan memohon hukuman penjara dengan mengambil kira faktor kepentinga­n awam dan memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

“Tertuduh sebagai wakil syarikat sepatutnya menyerahka­n wang itu kepada syarikat sebaliknya menyalahgu­nakan kuasa dengan mengambil duit berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia