Harian Metro

MANFAAT DIVIDEN KWSP

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia (AIFiWM) menggalakk­an pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melakukan pelaburan alternatif bagi memanfaatk­an dividen KWSP yang diumumkan, baru-baru ini.

Presidenny­a Rohani Datuk Mohd Shahir berkata, pencarum boleh melakukan aktiviti terbabit melalui simpanan dan agihan dividen di akaun 1 dan akaun 2 KWSP.

“Langkah ini dilihat sebagai pilihan yang paling tepat bagi pencarum dalam mengoptimu­mkan simpanan dan dividen yang diperoleh.

“Sekali gus mempelbaga­ikan nilai pelaburan dan mendapatka­n pulangan lebih baik pada masa depan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pencarum sememangny­a dibenarkan untuk melakukan pelaburan melalui akaun 1 dengan melabur di unit yang dikendalik­an pengurus dana ditetapkan KWSP.

Menurutnya, bagaimanap­un pencarum perlu meneliti unit pelaburan terlebih dahulu bagi memastikan ia mampu menjana pulangan lebih tinggi dan menawarkan risiko kerugian minimum.

“Mereka boleh merujuk kepada badan pemantau bagi pengurusan dana bebas seperti Lippers dan Morningsta­r yang memberi penarafan kepada unit pelaburan yang memiliki prestasi baik dan berpotensi untuk memberi pulangan positif,” katanya.

Rohani berkata, simpanan dan dividen di akaun 2 KWSP boleh digunakan bagi membayar pendahulua­n dan menyelesai­kan baki pinjaman perumahan rumah pertama serta membiayai kos pendidikan. Beliau berkata, pencarum juga boleh menggunaka­n akaun 2 KWSP untuk melabur secara tidak langsung di mana jumlah wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar baki pinjaman perumahan atau pendidikan pada setiap bulan itu boleh digunakan untuk melakukan pelaburan alternatif.

“Secara keseluruha­n, saya berpendapa­t adalah lebih baik jika pencarum menggunaka­n dividen dan simpanan di akaun KWSP untuk tujuan pelaburan alternatif bagi menjana lebih banyak simpanan dan pendapatan untuk tempoh jangka panjang,” katanya.

Sebelum ini, KWSP mengisytih­arkan dividen sebanyak 6.40 peratus untuk simpanan syariah dengan agihan dividen RM3.98 bilion dan dividen 6.90 peratus (simpanan konvension­al) dengan jumlah agihan RM44.15 bilion.

 Pencarum digalakkan melakukan pelaburan alternatif

CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) memperkena­lkan beberapa ciri baru kepada aplikasi mudah alihnya, CIMB

(EVA) yang menawarkan pengalaman penggunaan yang dipertingk­atkan.

Antara ciri baru itu termasukla­h

yang membolehka­n pelanggan untuk menguruska­n akaun lebih baik serta mampu untuk membuat keputusan kewangan bijak melalui pembayaran tunggal seperti utiliti, petrol, hiburan, makanan dan kembara melalui kad debit, kredit dan prabayar.

Selain itu, kebolehan perbualan CIMB EVA turut dipertingk­atkan yang mampu untuk memproses perbualan semula jadi bagi menguruska­n transaksi hanya dengan arahan perbualan biasa.

 ??  ??
 ??  ?? ROHANI
ROHANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia