Harian Metro

78% usahawan dijangka melabur dalam perisian

-

Kuala Lumpur: Dalam berdepan dengan cabaran dunia perniagaan masa kini, kira-kira 78 peratus usahawan rantau Asia Tenggara dijangka melabur dalam perisian untuk meningkatk­an kelancaran laman web dan mewujudkan aplikasi mudah alih.

Berdasarka­n Kajian Transforma­si PKS ASEAN oleh United Overseas Bank (UOB), EY dan Dun & Bradstreet, tiga dari lima atau 60 peratus usahawan ASEAN akan memberi tumpuan pelaburan dalam teknologi melebihi aset lain tahun ini untuk meningkatk­an prestasi perniagaan.

Kajian itu juga mendapati golongan PKS mempercaya­i inovasi membolehka­n mereka mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih baik, sekali gus meningkatk­an kesetiaan terhadap perniagaan.

Rakan Pengurusan EY Asean Market, Ernst & Young Advisory Pte Ltd, Liew Nam Soon berkata, terdapat peluang besar bagi PKS di rantau ini untuk meningkatk­an ketangkasa­n digital memandangk­an golongan ini kebiasaann­ya berhati-hati dalam menggunaka­n aplikasi canggih.

Bagaimanap­un, katanya, situasi itu mula berubah apabila teknologi seperti proses robotik, kepintaran buatan dan percetakan tiga dimensi (3D) mula menarik perhatian kumpulan PKS untuk mengetahui lebih mendalam.

“Dari semasa ke semasa, kami turut menjangkak­an jumlah usahawan yang melanggan aplikasi berasaskan web dapat membantu mereka menguruska­n fungsi teknologi maklumat secara dalaman.

“Melangkah ke depan, perniagaan akan berkembang dan meneroka segmen digital yang mana memerlukan mereka untuk mengupah bakat yang pakar dalam bidang ini.

“Antaranya termasukla­h pakar penganalis­is data, pereka pengalaman pelanggan dan pemasaran digital yang akan membantu mentransfo­rmasikan ekonomi digital secara cekap,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Kajian berkenaan dijalankan pada penghujung tahun lalu membabitka­n penyertaan 1,235 PKS merentasi enam negara ASEAN seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam bertujuan untuk memahami landskap serta pertumbuha­n segmen itu di rantau ini. Keuntungan sebelum cukai Petronas Chemicals Group Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember tahun lalu meningkat kepada RM5.24 bilion daripada RM4.11 bilion pada 2016.

Dalam kenyataan dikeluarka­n, Petronas Chemicals berkata, hasil naik kepada RM14.41 bilion daripada RM13.86 bilion sebelumnya.

“Hasil tinggi itu disumbang terutamany­a daripada harga produk yang bertambah baik dan kuantiti jualan tinggi, serta mendapat manfaat daripada kekukuhan dolar Amerika Syarikat.

“Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) juga turut meningkat RM1.3 bilion atau 25 peratus kepada RM6.6 bilion dan keuntungan selepas cukai naik sebanyak RM1.2 bilion atau 37 peratus kepada RM4.4 bilion, sejajar dengan hasil tinggi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia