Harian Metro

Bida ladang solar RM1.5b

Gading Kencana sasar tembus pasaran Arab Saudi, Kemboja, Indonesia menjelang 2019

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Gading Kencana Developmen­t Sdn Bhd (Gading Kencana), pemain utama industri solar negara berhasrat menembusi pasaran tiga negara bagi membangunk­an projek ladang solar bernilai RM1.5 bilion pada 2019.

Pengarah Urusan Gading Kencana Datuk Muhammad Guntor Mansor Tobeng berkata, tiga negara terbabit ialah Arab Saudi, Kemboja dan Indonesia yang dilihat sebagai pasaran baru untuk diteroka dalam mengukuhka­n kehadiran di peringkat global.

Beliau berkata, pihaknya masih di peringkat bidaan dan perlu bersaing dengan 200 syarikat solar global lain sebelum dimuktamad­kan pada 2019.

“Keseluruha­n projek ladang solar untuk tiga negara itu berjumlah 290 megawatt (MW) iaitu 250 MW bagi Arab Saudi manakala Kemboja dan Indonesia masing-masing 10MW dan 30MW.

“Kami optimis melaksanak­an projek itu memandangk­an ia dijalankan dengan kerjasama syarikat tempatan negara terbabit, sekali gus melicinkan urusan serta operasi ladang solar,” katanya.

Gading Kencana mempunyai projek ladang solar dalam negara iaitu di Ayer Keroh, Melaka iaitu ladang paling cekap di dunia yang mampu mengeluark­an 1 MW dalam setiap 1.5 ekar, berbanding piawaian dunia 1 MW dalam setiap lima ekar.

Syarikat itu juga kini membina Projek Solar Photovolta­ic Berskala Besar (LSSPV) 30 MW dengan kos keseluruha­n RM214 juta di Bidor, Perak yang dijangka siap 28 Mei depan.

Muhammad Guntor berkata, teknologi hijau adalah trend yang akan mengambil alih dunia perniagaan pada masa akan datang disebabkan perubahan iklim global yang tidak menentu kini.

“Solar adalah teknologi mapan kerana ia menggunaka­n cahaya matahari dan memudahkan penggunaan­nya di samping memberi manfaat dalam menjana tenaga boleh diperbahar­ui.

“Seperti projek ladang solar yang dilaksanak­an, ia menjadi lebih mudah apabila ladang ini berada berhampira­n dengan talian gred serta pencawang masuk utama (PMU) sebelum disalur dan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad

(TNB),” katanya.

Menurutnya, inisiatif dalam bidang itu sejajar hasrat negara mencapai sasaran 2,080 MW pembanguna­n tenaga boleh diperbahar­ui (RE) menjelang 2020 di bawah Dasar Tenaga Boleh Diperbahar­ui dan Pelan Tindakan.

 ??  ?? GAMBARAN artis projek ladang solar di Bidor, Perak.
GAMBARAN artis projek ladang solar di Bidor, Perak.
 ??  ?? MUHAMMAD Guntor
MUHAMMAD Guntor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia