Harian Metro

Rancang lancar Fitbit Pay tahun ini

-

Fitbit, jenama peranti boleh pakai wearable nombor satu di dunia, merancang melancarka­n aplikasi pembayaran mudah alihnya Fitbit Pay di Malaysia tahun ini.

Pengurus Negara Fitbit Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, Louis Lye berkata, buat masa ini, pihaknya menjalanka­n siri perbincang­an dengan bank tempatan melaksanak­an pembayaran mudah alih itu.

Katanya, pihaknya mengalu-alukan bank yang berminat menyertai kemudahan pembayaran itu.

“Ketika ini, jika anda membuat carian di Internet, anda dapati bilangan perkhidmat­an pembayaran mudah alih meningkat mendadak.

“Jadi, kami melihat potensi ini positif serta berharap dapat melancarka­n perkhidmat­an Fitbit Pay tahun ini,” katanya selepas melancarka­n Fitbit Ionic di sini, baru-baru ini.

Fitbit adalah peneraju pengeluar peranti boleh pakai di dunia dan sudah menjual lebih 70 juta peranti sejak mula ditubuhkan 10 tahun lalu di 65 negara.

Mengulas perancanga­n bagi peranti itu, Lye berkata, pihaknya merancang meningkatk­an bilangan rakan peruncit yang menjual produk keluaran Fitbit.

“Ketika ini Fitbit mempunyai 148 rakan peruncit di Malaysia dan selepas ini mahu menumpukan kepada kedai menjual peralatan sukan dan jam tangan,” katanya.

Katanya, perbezaan di antara Fitbit Ionic dengan peranti syarikat lain ialah ia menumpukan kepada kesihatan dan kecergasan.

 ??  ?? LYE
LYE
 ??  ?? FITBIT
Ionic yang dilancarka­n.
FITBIT Ionic yang dilancarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia