Harian Metro

BUNUH PEROGOL

- Agensi

 1,000 penduduk serang balai polis, belasah 2 lelaki sampai mati

Lebih 1,000 penduduk menyerbu balai polis di Tezu, Arunachal Pradesh, dan menyeret dua tahanan lelaki yang mengaku merogol dan membunuh budak perempuan sebelum membelasah mereka hingga mati, kelmarin.

Menurut polis, dua lelaki terbabit, Sanjay Sobor, 30, dan Jagdish Lohar, 25, dibelasah beramai-ramai di sebuah pasar sebelum mayat mereka dibuang di kawasan terbabit.

Kumpulan orang ramai itu meninggalk­an tempat kejadian sebelum polis sempat tiba bagi menghalang kejadian itu.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan agensi be- rita, 15 anggota polis juga cedera ketika cuba menghalang serangan orang ramai itu.

“Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.05 tengah hari apabila sekumpulan 1,000 orang menyerang balai lokap polis dan mengheret kedua-dua lelaki itu keluar,” katanya.

Dua lelaki itu ditahan untuk siasatan kes menculik kanak-kanak berusia lima tahun pada 12 Februari lalu, yang mayat mangsa ditemui lima hari kemudian.

Mereka ditahan Ahad lalu, dan Sanjay dilapor membuat pengakuan menculik serta merogol mangsa sebelum membunuhny­a menggunaka­n parang milik Jagdish.

Mayat budak perempuan itu ditemui dalam keadaan bogel dengan kepala dipenggal di sebuah kebun teh.

Polis membuka siasatan kematian dua lelaki itu sebagai kes bunuh, namun belum membuat sebarang tangkapan.

Ketua Menteri Pema Khandu berkata, pembunuhan dan pemerkosaa­n budak bawah umur itu adalah perbuatan kejam dan tidak berperikem­anusiaan, namun tindakan orang ramai membunuh dua lelaki terbabit adalah sesuatu yang malang.

Pada 2015, orang ramai menyerang penjara di Dimapur, Nagaland, dan membelasah hingga mati seorang pesalah rogol.

 ??  ?? ORANG ramai menyerang balai polis di Kotkhai, Shimla, di negeri Himachal Pradesh, India, pada Julai 2017 dan membunuh lelaki yang didakwa merogol dan membunuh pelajar berusia 16 tahun. - Foto Fail (AFP)
ORANG ramai menyerang balai polis di Kotkhai, Shimla, di negeri Himachal Pradesh, India, pada Julai 2017 dan membunuh lelaki yang didakwa merogol dan membunuh pelajar berusia 16 tahun. - Foto Fail (AFP)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia