Harian Metro

Tabahnya si anak tinggal

-

Beijing: Seorang budak perempuan berusia 13 tahun di wilayah Guizhou, menerima anugerah kebangsaan kerana ketabahann­ya menjaga empat ahli keluarga termasuk datuk dan nenek yang uzur tanpa menjejaska­n kecemerlan­gannya di sekolah.

Setiap hari, Wu Bangju, 13, berjalan ke sekolah dan sebaik pulang, membasuh pakaian dan menyediaka­n makanan untuk keluargany­a.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik China Central Television Station (CCTV), Bangju turut menjaga dua adiknya selepas ibu bapa mereka berpindah ke bandar untuk bekerja.

“Datuk dan nenek terlalu tua, manakala adik perempuan dan lelaki masih kecil. Jadi sayalah yang perlu menjaga mereka,” katanya.

Bangju antara sembilan juta kanak-kanak digelar ‘anak tinggal’ yang ditinggalk­an bersama datuk dan nenek atau saudara-mara oleh ibu bapa yang berhijrah ke bandar lain mencari rezeki.

Kanak-kanak seperti ini lazimnya cuma menemui ibu bapa mereka sekali setahun.

Stesen televisyen itu menobatkan Bangju sebagai ‘kanak-kanak paling bertanggun­gjawab’ dalam satu majlis penyerahan anugerah, Januari lalu.

Kisah Bangju menyentuh hati rakyat China apabila dia dilaporkan memakai kasut sukan hijau yang sama sejak lapan tahun lalu.

Kasut itu yang menjadi ‘harta’ paling disayangin­ya, dihadiahka­n neneknya ketika dia berusia lima tahun.

“Nenek sengaja membeli kasut yang lebih besar saiznya supaya saya dapat memakainya lebih lama.

“Ketika mula digunakan, kasut itu sering tercabut kerana kaki saya kecil. Namun kini ia semakin ketat,” katanya. Bangju juga pelajar cemerlang di sekolahnya dan dinding rumahnya dipenuhi sijil dan anugerah dimenangi di sekolah. Dia juga anggota kumpulan tarian sekolahnya. “Masih banyak yang saya perlu lakukan untuk keluarga. Kalaulah saya boleh membesar lebih cepat, lebih mudah membantu datuk dan nenek membuat kerja rumah,” katanya.

 ??  ?? BANGJU membantu neneknya masak untuk keluarga. - Daily Mail
BANGJU membantu neneknya masak untuk keluarga. - Daily Mail
 ??  ?? KASUT dipakai Bangju sejak berusia lima tahun. - Daily Mail
KASUT dipakai Bangju sejak berusia lima tahun. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia