Harian Metro

Padah ‘sugar baby’ bawah umur

-

Singapura: Seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak dihukum penjara 24 bulan kerana melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur yang juga perempuan simpananny­a atau ‘sugar baby’.

Menurut laporan media Singapura, lelaki itu bersetuju memberi elaun bulanan S$1,600 kepada remaja perempuan itu selepas mereka berkenalan di laman web, Seeking Arrangemen­t, pada November 2016.

Mahkamah diberitahu, remaja itu yang kini berusia 17 tahun, mengenali lelaki berkenaan, Adrian Tan Lee Guan masih meneruskan hubungan dengan remaja itu walaupun mengetahui dia bawah umur.

Sebulan kemudian, lelaki itu melakukan hubungan seks dengan remaja itu beberapa kali, termasuk seks oral.

Kelmarin, bekas pengarah pembanguna­n perniagaan swasta berusia 45 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan selepas mengaku salah terhadap tiga tuduhan melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur.

The Straits Times melaporkan, Timbalan Pendakwa Raya Raja Mohan memberitah­u mahkamah, mangsa dan Tan bersembang melalui WhatsApp, namun Tan meneruskan hubungan walaupun mengetahui usia remaja itu.

Pada 15 Disember 2016, dia mengambil remaja itu dari rumah dan membawanya ke Hotel Pan Pacific untuk makan malam sebelum melakukan seks oral di tepi kolam renang.

Tiga hari kemudian mereka bertemu lagi dan lelaki berkenaan memberi remaja itu $1,600 sebelum membawanya ke satu tempat letak kereta bertingkat dan melakukan hubungan seks dalam kereta.

Tan boleh dihukum sehingga 10 tahun dan didenda bagi setiap kesalahan melakukan hubungan seks dengan remaja 16 tahun ke bawah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia