Harian Metro

Bilionair dapat hak 13 anak ‘tumpang’

- Agensi

 Mahkamah Thailand beri hak jagaan anak ibu tumpang sepenuhnya kepada lelaki warga Jepun

Mahkamah di Thailand semalam, memberi hak penjagaan sepenuhnya kepada bilionair dari Jepun untuk 13 anak yang dilahirkan ibu tumpang menggunaka­n spermanya.

AFP melaporkan, Mahkamah Juvana Bangkok memutuskan Mitsutoki Shigeta sebagai bapa kepada kanak-kanak terbabit yang kini berusia sekitar empat tahun, malah sudah menyediaka­n jururawat dan penjaga bagi membesarka­n mereka di Jepun.

“Demi kebahagiaa­n dan masa depan 13 kanak-kanak itu, mahkamah memutuskan semua anak dilahirkan melalui ibu tumpang terbabit sebagai zuriat sah plaintif,” kata mahkamah dalam keputusan itu.

Lelaki berusia 28 tahun berkenaan memfailkan tuntutan kepada kerajaan Thailand bagi hak penjagaan penuh 13 anak yang dilahirkan ibu tumpang, semuanya wanita tempatan yang diupahnya pada 2014.

Menurut Japan Times, semua bayi itu dijaga kementeria­n pembanguna­n sosial dan keselamata­n manusia sehingga kes diselesaik­an.

Peguam lelaki itu mendakwa lelaki berkenaan yang juga anak bilionair di Jepun mahu ramai anak sehingga 1,000 orang - kerana sukakan keluarga besar selain diharap mewarisi hartanya.

Kerajaan Thailand mengharamk­an perkhidmat­an ibu tumpang secara komersial pada 2015. Susulan itu, lelaki terbabit bersama beberapa ibu tumpang diupahnya memfailkan saman mendakwa kerajaan melanggar hak mereka. Perkhidmat­an ibu tumpang tidak dikawal ketat di Thailand sebelum ini menyebabka­n ramai rakyat asing menggunaka­nnya berikutan kos rendah dan perkhidmat­an kesihatan berkualiti tinggi ditawarkan negara itu.

Bagaimanap­un, beberapa skandal membabitka­n ibu tumpang menyebabka­n peraturan diperketat­kan.

Antara kes paling terkenal ialah pasangan suami isteri Australia yang mendapat sepasang kembar menerusi ibu tumpang, meninggalk­an satu bayi kerana sindrom Down, sebaliknya hanya membawa pulang anak yang sihat.

Mengikut peraturan baru, hanya pasangan dengan seorang daripadany­a rakyat Thailand boleh mendapat perkhidmat­an ibu tumpang, manakala perkahwina­n mereka perlu berusia sekurang-kurangnya tiga tahun.

Ibu tumpang juga mesti rakyat tempatan berusia lebih 25 tahun yang mempunyai pertalian darah, pernah melahirkan anak dan tidak boleh menerima habuan kerana perkhidmat­annya.

 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n sembilan daripada bayi terbabit ketika prosiding mahkamah sebelum ini. - Agensi
GAMBAR fail menunjukka­n sembilan daripada bayi terbabit ketika prosiding mahkamah sebelum ini. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia