Harian Metro

KOM masih berteka-teki

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tiga atlet Program Podium terdiri daripada Irfan Shamsuddin, Nauraj Singh Randhawa dan Hakimi Ismail sudah pasti akan tersenarai ke Sukan Komanwel dengan Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan (gambar) antara yang disebut akan ke Gold Coast.

Mereka antara atlet yang mungkin boleh menarik nafas lega ketika Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih berdiam diri apabila diminta untuk mengesahka­n senarai atlet yang akan mengibarka­n cabaran ke temasya itu.

Pengurus sukan olahraga Majlis Sukan Negara (MSN), Nor Azman Kassim bagaimanap­un memaklumka­n seramai 10 atlet lelaki dan dua atlet wanita dijangka mengibarka­n cabaran.

Bagaimanap­un, ia masih lagi menjadi teka-teki dengan ketua jurulatih olahraga Zainal Abas juga masih belum memberi kata putus.

Azman menegaskan ketika ini semua program di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) berjalan seperti biasa namun tidak semua atlet akan menjalani latihan di luar negara.

“KOM memang sudah mempunyai senarai atlet yang akan ke Komanwel namun tidak boleh dipastikan kerana belum ada hitam putihnya.

“Ketika ini program atlet terpaksa berpecah. Atlet di bawah Program Podium akan berlatih mengikut perancanga­n masing-masing.

“Manakala atlet di bawah program MSN mendapat pendedahan awal pada Kejohanan Pra-Sukan Asia yang lalu dan berlatih di dalam negara saja,” katanya.

Terdahulu, atlet olahraga negara memberi perkembang­an positif apabila membawa pulang tiga emas, dua perak dan lima gangsa pada kejohanan jemputan Sukan Asia di Indonesia minggu lalu.

Beberapa atlet menunjukka­n perkembang­an positif antaranya atlet lompat tinggi Lee Hup Wei, Jackie Wong (baling tukul besi) dan Zaidatul Husniah Zulkifli (100

meter wanita).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia