Harian Metro

Pelumba remaja hadir sinar baru

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Badminton Asia berikrar membantu Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dalam apa cara sekalipun bagi memerangi gejala mengatur perlawanan.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Badminton Asia, Kenny Goh berkata, badan induk badminton serantau itu mengikuti perkembang­an skandal mengatur perlawanan yang berlaku dan sedia memberi bantuan untuk memerangin­ya.

“Tidak ada kebaikan jika anda mengatur perlawanan. Dalam jangka masa panjang, ia hanya akan merosakkan sukan itu dan badminton akan hilang kredibilit­i dalam kalangan sukan Nilai: Kejayaan pelumba remaja negara, Zulhelmi Zainal meraih emas dalam acara kejar-mengejar individu memberi sinar baru buat skuad berbasikal trek remaja negara yang menamatkan kemarau kemenangan sejak dua tahun lalu. Selepas kejayaan Mohd Fadhil Zonis meraih emas ujian masa satu kilometer pada tahun 2015, skuad remaja negara gagal menyerlah di pentas Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC).

Ia turut memberikan petanda positif dalam meneruskan legasi Azizulhasn­i Awang dan rakan sepasukann­ya pada masa akan datang.

Bagi Zulhelmi, ia memberikan kepuasan tersendiri apabila berjaya muncul juara di hadapan penyokong sendiri.

“Ini adalah kali kedua saya beraksi di ACC, akhirnya saya dapat membuktika­n kemampuan selepas tiada pingat tahun lalu. Ini adalah pencapaian tertinggi saya.

“Saya percaya jika peluang terus diberikan, pengalaman akan bertambah dan pencapaian lebih baik boleh dilakukan,” katanya yang dijangka menyertai Kejohanan Trek Remaja Dunia di Switzerlan­d Ogos nanti.

Pada aksi final malam kelmarin, Zulhelmi menewaskan lawan dari Kazakhstan, Maxim Gridchin dengan catatan tiga minit 24.985 saat.

 ??  ?? FATEHAH
ZULHELMI
FATEHAH ZULHELMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia