Harian Metro

RAHSIA MOURINHO?

- AFP

London

Kunjungan Manchester United dalam aksi Liga Juara-Juara ke Sevilla awal pagi esok ialah pertembung­an utama buat gergasi Inggeris itu yang terpaksa menelan rasa malu ketika membayar 89 juta pound (RM484.57 juta) buat Paul Pogba, empat tahun selepas dia meninggalk­an Old Trafford ke Juventus sebagai pemain bebas.

Bagaimanap­un, masih belum pasti sama ada pemain tengah Perancis itu akan memulakan saingan di Sanchez Pizjuan bagi saingan pertama kelompok 16 pasukan terakhir berikutan masalah kecergasan.

Pogba masih belum pernah bermain 90 minit dalam tempoh sebulan apabila dikeluarka­n Jose Mourinho ketika tewas di tangan Tottenham dan Newcastle selain tidak bermain ketika menang mengatasi Huddersfie­ld di Old Trafford.

Laporan akhbar Perancis muncul minggu lalu bahawa Pogba tidak gembira dengan peranan diberikan Mourinho kepadanya, terutama untuk bertahan seperti dilaksanak­an pengendali dari Portugal itu.

Mourinho mengatakan Pogba sudah pasti mengisi tempat pilihannya di sayap kanan dalam kalangan tiga pemain tengah bagi saingan Piala FA yang dimenangi mereka Sabtu lalu ke atas Huddersfie­ld sekiranya dia tidak diketepika­n sejam sebelum perlawanan kerana tidak sihat.

Kehadiran Alexis Sanchez di sebelah kiri serangan United pada Januari menambah parah perbezaan itu ketika Pogba dan penyerang Chile itu masih belum bermain bersama selama 90 minit.

Mourinho menggambar­kan khabar angin wujudnya masalah komunikasi antaranya dan Pogba sebagai ‘pembohonga­n besar’ namun tidak menyembuny­ikan kritikan terhadap prestasi pemain berusia 24 tahun itu.

“Pada ketika ini dia tidak bermain baik... dan pasukan perlukanny­a pada tahap terbaik.”

Lebih buruk, dalam tempoh beberapa minggu antara dua pertemuan dengan Sevilla, United juga akan menanti kehadiran Chelsea dan Liverpool dalam aksi Liga Perdana dengan ketiga-tiga pasukan terikat dalam pertarunga­n bagi berada dalam

 Kedudukan Pogba masih jadi tanda tanya bagi perkuat United berdepan Sevilla di Sanchez Pizjuan

kelompok empat pasukan teratas.

“Apabila dia tidak bermain pada tahap terbaik, pasukan juga tidak berada dalam keadaan baik seperti sepatutnya,” kata Mourinho.

“Saya rasa ia berlaku terhadap semua pasukan apabila pemain terbaik, pemain paling penting, untuk sebarang sebab tidak beraksi dengan baik.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia