Harian Metro

‘Hukuman perlu ikut peraturan’

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) menganggap bentuk hukuman yang akan dikenakan ke atas pemain terbabit gejala rasuah bola sepak perlu mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan.

Perkara itu disuarakan presidenny­a, Rezal Zambery Yahya bagi mengulas cadangan bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad sebelum ini yang meminta pemain dikenakan hukuman penjara minimum tiga tahun.

Enggan menyatakan pendirian PFAM sama ada menyokong atau tidak mengenai cadangan itu, Rezal bagaimanap­un percaya hukuman yang tertakluk dalam undang-undang negara sudah setimpal dengan jenis kesalahan yang dilakukan.

“Mengenai cadangan (Redzuan) itu, sebenarnya kami di PFAM menyerahka­nnya kepada undang-undang, sebab kami tiada kuasa untuk menentukan bentuk hukuman ke atas pesalah.

“Jika undang-undang menyatakan dia (pemain) kena hukuman itu (penjara), kami tidak boleh kata apa, paling penting kena ikut undang-undang.

“Macam hukuman digantung seumur hidup, ia memang sudah biasa dan pernah dijalankan sebelum ini. Saya rasa perkara sama akan terjadi kepada mana-mana pemain yang mengambil rasuah,” katanya.

Menerusi laporan Sukan NSTP sebelum ini, Redzuan menganggap hukuman lebih berat seperti penjara perlu dikenakan ke atas pesalah rasuah bola sepak bagi memberi pengajaran kepada pemain lain untuk tidak terjebak dalam gejala sama pada masa depan.

Walaupun hukuman digantung seumur hidup dan dibuang daerah sudah dikenakan ke atas pemain yang bersalah sebelum ini, namun gejala sama tetap berulang dengan kes terbaru dua pemain Sarawak disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan aktiviti mengatur keputusan perlawanan.

Mengulas lanjut, Rezal berkata, masih terlalu awal untuk menghukum dua pemain itu kerana kes mereka masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Kami masih menunggu keputusan siasatan dan buat masa ini tidak boleh menghukum mereka. Pada saya segala usaha yang dilakukan persatuan untuk membendung masalah ini harus dipuji,” katanya. Super itu.

Pada musim 2017, empat pasukan ditolak enam mata berkuat kuasa serta-merta selepas gagal melengkapk­an pendaftara­n pasukan untuk menyertai Liga-M musim lalu.

Empat pasukan itu adalah Kelantan, T-Team, Perlis dan ATM yang berdepan masalah kewangan dan tunggakan gaji hingga gagal memuat naik surat selesai bayaran bagi tunggakan gaji, tunggakan KWSP, tunggakan PERKESO dan tunggakan LHDN bagi melengkapk­an pendaftara­n pasukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia