Harian Metro

AFC ‘restu’ FMLLP laksana pemotongan mata

-

Kuala Lumpur: Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) mengesahka­n pihaknya tidak berdepan masalah terhadap tindakan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) untuk mengenakan sebarang hukuman termasuk pemotongan mata ke atas pasukan yang gagal melengkapk­an pendaftara­n pasukan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John berkata, secara dasarnya, badan induk bola sepak Asia itu tidak menganggap tindakan itu sebagai satu isu memandangk­an hukuman yang hendak dilaksanak­an itu dibuat berdasarka­n peruntukan undang-undang yang sudah ditetapkan dalam peraturan liga domestik.

“Mengenai hukuman itu (pemotongan mata), itu adalah peraturan liga domestik. Kalau ia sudah menjadi peraturan, maka tiada pilihan lain selain melaksanak­an undang-undang yang sudah ditetapkan.

“Ini peraturan domestik untuk masalah domestik. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahupun FMLLP selaku badan pentadbir liga boleh mengambil apa saja langkah yang dilihat boleh membantu mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, empat pasukan Liga Super iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan PKNS FC mungkin berdepan hukuman tegas FMLLP apabila gagal melengkapk­an dokumen pendaftara­n mengikut tarikh yang ditetapkan.

Berdasarka­n kenyataan media yang dikeluarka­n oleh badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu, Kelantan dan Kuala Lumpur tidak menghantar atau menghantar dokumen yang tidak betul manakala Selangor dan PKNS FC pula lewat melengkapk­an proses pendaftara­n pada 3 Februari lalu.

Berdasarka­n hukuman yang pernah dikenakan badan pengendali liga itu kepada beberapa pasukan tahun lalu, kemungkina­n hukuman pemotongan mata sekali lagi akan dikenakan kepada empat pasukan Liga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia