Harian Metro

Buru tiga mata

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

 Andik tekad bantu Lang Merah capai kemenangan kedua

Aksi Liga Super antara PKNS FC dengan Kedah di Stadium Shah Alam, Ahad ini menjadi pengubat rindu buat pemain import dari Indonesia, Andik Vermansyah yang bertekad membantu skuad Lang Merah memburu kemenangan kedua selepas menewaskan PKNP FC minggu lalu.

Bekas pemain Selangor yang sudah beraksi di Stadium Shah Alam sejak 2013 mengakui tidak sabar untuk kembali bermain di stadium itu selepas kali terakhir tampil bersama Merah Kuning pada aksi final Piala Malaysia 2016.

“Memang saya merindui untuk beraksi di Stadium Shah Alam namun ia akan menjadi lebih bermakna jika saya dan rakan dapat membantu pasukan untuk mencatat kemenangan.

“Selepas penampilan pertama sewaktu membantu Kedah memenangi perlawanan ketika bertemu PKNP FC 1-0 pada 11 Februari lalu, semangat saya semakin melonjak dan saya akui sedang berusaha gigih untuk terus meningkatk­an prestasi pada tahap terbaik.

“Selain motivasi yang diterapkan dalam pasukan sewaktu latihan, sokongan dan galakan dari rakan sepasukan dan penyokong menjadi perangsang utama untuk saya meneruskan usaha membantu pasukan memburu kemenangan dalam setiap perlawanan,” katanya.

Andik yang juga pemain import kuota ASEAN meluahkan rasa ‘terkejut’ kerana walaupun baru saja bersama pasukan pada 9 Februari lalu, namun kemesraan sendiri tidak terlepas,” katanya semalam.

Kalaiharas­an yang mendapat kepercayaa­n Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) apabila dinaikkan pangkat beraksi dalam skuad senior bermula musim ini, juga percaya bukan mustahil buat pasukan itu mengulangi aksi cemerlang ketika menang ke atas Kuala yang ditunjukka­n oleh pemain serta penyokong Kedah sungguh menyentuh hatinya apabila mereka menyambut kehadirann­ya dengan penuh kemesraan hingga berasakan seolah sudah lama beraksi bersama pasukan Hijau Kuning.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyambut baik kehadiran saya dalam pasukan dan saya mengambil kesempatan ini untuk terus bekerja keras serta berazam mahu meningkatk­an prestasi saya dan berharap ini mendorong untuk kejayaan saya bersama Kedah musim ini,” katanya. Lumpur, 7 Februari lalu.

Pemain kelahiran Port Dickson berusia 22 tahun itu sedar perlunya mereka memanfaatk­an kelebihan beraksi di laman sendiri dengan menterjema­hkan kemenangan ke atas skuad Penyu.

Negeri Sembilan menewaskan Terengganu 3-2 pada aksi Liga Perdana di stadium sama tahun lalu.

 ??  ?? KALAIHARAS­AN (kanan) berebut bola dengan pemain lawan.
KALAIHARAS­AN (kanan) berebut bola dengan pemain lawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia