Harian Metro

Shahrel perlu masa temui sentuhan

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Empat bulan hilang dari ‘radar’, penyerang PKNP FC, Shahrel Fikri Md Fauzi berharap pasukan itu tidak menaruh harapan terlalu tinggi ke atas dirinya apabila membuat penampilan semula dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur, Ahad ini.

Shahrel yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan pangkal paha dialami sejak Oktober lalu, berkata walaupun sudah pulih serta cergas sepenuhnya dia memerlukan masa untuk mendapatka­n semula sentuhan.

“Saya gembira akhirnya akan kembali beraksi tapi sedar cabaran menanti sangat besar. Selepas empat bulan berehat bukan mudah untuk mendapatka­n semula rentak permainan.

“Saya memerlukan sekurang-kurangnya dua atau tiga perlawanan bagi membina keyakinan serta keserasian dengan pasukan, apatah lagi kami kini bermain dalam Liga Super.

“Oleh itu, untuk perlawanan pertama menentang Kuala Lumpur nanti, saya tidak berani janjikan apa-apa

(gambar)

kecuali akan memberikan yang terbaik,” katanya.

Shahrel menganggap pertemuan dengan skuad warga kota bukan sekadar cabaran kepada dirinya malah kepada PKNP yang juga sedang mencari rentak permainan.

“Selepas tiga aksi, kami belum berada pada tahap yang sepatutnya. Kami memerlukan enam hingga tujuh perlawanan lagi untuk menjadi sebuah pasukan mantap,” kata kapten PKNP itu.

Kelab bimbingan Abu Bakar Fadzim kini menduduki tangga kedua tercorot selepas mengutip tiga mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan serta kekalahan 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim dan 0-1 di tangan Kedah.

Sementara itu,

Abu Bakar yakin kehadiran Shahrel mampu membawa impak positif ke atas pasukan sekalipun sudah lama berehat.

“Saya akui tidak boleh mengharapk­an yang luar biasa daripada Shahrel dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur. Malah, saya tidak mahu memberi tekanan ke atasnya.

“Namun, saya yakin aura serta semangat Shahrel akan meresap dalam diri pemain lain bila dia sama-sama berada di dalam padang. Kemenangan ke atas Kuala Lumpur sangat penting untuk kami,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia