Harian Metro

TRAGEDI KE SEKOLAH

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@ hmetro.com.my

Guru maut, dua murid cedera kenderaan bertembung kereta terbabas

Seorang guru wanita maut, manakala dua muridnya cedera selepas pacuan empat roda Ford Ranger dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan yang terbabas di Kilometer 16, Jalan Papar-Kota Kinabalu di sini, jam 6.30 pagi semalam.

Itum Likum, 52, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Lok Kawi disahkan maut ketika dalam perjalanan ke hospital.

Dua murid sekolah terbabit, Najwa Batrisyia Japri dan Nurul Syafiqah Mohd Saleh patah kaki serta gigi manakala tiga lagi, Mohammad Ashraf Mohd Salleh, Nur Aimie Shakira Suhaimi dan Muhammad Ilman Suhaimi selamat.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Papar merempuh pembahagi jalan.

“Akibat kejadian itu, kenderaan terbabit terbabas sebelum masuk ke laluan bertentang­an lalu bertembung dengan Ford Ranger mangsa,” katanya dihubungi.

Mohd Haris berkata, mangsa bersama lima penumpang yang juga murid berusia antara 10 hingga 12 tahun dalam perjalanan ke SK Kem Lok Kawi.

“Guru terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dalam perjalanan ke hospital manakala semua murid dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya. parang dipercayai milik mangsa berikutan terdapat sarung parang pada pinggangny­a.

“Ada kemungkina­n mangsa menggunaka­n parang berkenaan untuk mempertaha­nkan diri sejurus diserang oleh individu tidak dikenali. Kami masih mengenal pasti motif kejadian selain mengesan suspek,” katanya.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

“Kes diklasifik­asikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN salah sebuah kenderaan selepas kemalangan yang mengorbank­an seorang pemandu serta mencederak­an dua penumpang.
KEADAAN salah sebuah kenderaan selepas kemalangan yang mengorbank­an seorang pemandu serta mencederak­an dua penumpang.
 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR yang terbabit kemalangan diberikan rawatan.
KENDERAAN kedua yang terbabit kemalangan.
PELAJAR yang terbabit kemalangan diberikan rawatan. KENDERAAN kedua yang terbabit kemalangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia