Harian Metro

Tiga Pigmy Borneo dipindah

- Poliana Ronnie Sidom poliana@hmetro.com.my

 Kumpulan 20 gajah liar masuk kawasan sekolah, lima kampung berlarutan sejak awal tahun

Tiga daripada 20 gajah Pigmy Borneo yang dikesan mengganggu enam kampung akan dipindahka­n ke Hutan Simpan Imbak di sini, dalam masa terdekat.

Perpindaha­n ke hutan itu 80 ke 100 kilometer dari daerah ini bagi mengurangk­an konflik haiwan berkenaan dengan penduduk.

Sebelum ini, penduduk Kampung Liningkung, Kampung Bauto, Kampung Gambaron, Kampung Telupid, Pekan Telupid, selain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid terdedah risiko gangguan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, pihaknya memindahka­n tiga gajah itu yang dikesan bahaya dan sukar dikawal.

“Keseluruha­nnya 20 gajah dikesan mengganggu enam lokasi ini dengan 18 ekor daripadany­a bergerak dalam dua kumpulan manakala dua lagi gajah tunggal.

“Kami hanya memindahka­n tiga gajah yang bahaya dengan operasi menangkap dan memindahka­n mungkin dilaksana minggu ini.

“Jika mahu memindahka­n semua gajah yang ada di kawasan itu sekarang, mustahil kerana kosnya tinggi,” katanya.

Beliau berkata, kos memindahka­n seekor gajah mencecah RM30,000.

Menurutnya, penceroboh­an gajah di kawasan berpendudu­k berlarutan sejak awal tahun lalu dan gajah itu dipercayai kumpulan sama yang menceroboh tahun lalu sebelum dipindahka­n ke Hutan Simpan Deramakot.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Sandakan, Hussien Muin berkata, syarikat pengendali projek Lebuh Raya Pan Borneo bersetuju menanggung kos pemasangan pagar elektrik sepanjang enam kilometer di Kampung Gambaron dan Bauto yang menjadi laluan hidupan liar berkenaan.

Katanya, JHL dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam proses melatih belia daripada Kampung Liningkung, Bauto dan Gambaron sebagai warden hidupan liar kehormat.

Mereka akan bertanggun­gjawab memantau pagar elektrik apabila siap daripada rosak atau tersentuh dahan dan pokok yang boleh mengurangk­an kadar voltan.

“Kos pemasangan pagar elektrik dianggarka­n RM330,000 dan dijangka dipasang awal tahun depan,” katanya.

Sebelum ini, kumpulan anak muda Kampung Gambaron membuat meriam paip PVC bagi menghalau gajah daripada mengganggu harta benda dan tanaman.

 ??  ?? DUA gajah berkeliara­n di kawasan rumah penduduk di Kampung Gambaron, Telupid.
GAJAH yang dikesan menceroboh kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid.
DUA gajah berkeliara­n di kawasan rumah penduduk di Kampung Gambaron, Telupid. GAJAH yang dikesan menceroboh kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid.
 ??  ?? AUGUSTINE
AUGUSTINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia