Harian Metro

Mohon beri segera kad pengenalan baru

-

Kota Kinabalu: Pergerakan Pemuda Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Bersatu (UPKO) memohon kerajaan segera melaksanak­an pemberian kad pengenalan baru di Sabah.

Ia susulan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin, yang mengarahka­n Jabatan Imigresen melakukan imbasan MyKad secara rawak di pintu keluar masuk berlepas ke Semenanjun­g bagi mengesan penggunaan kad pengenalan palsu.

Ketua Pemuda UPKO Arthur Sen berkata, permohonan pengeluara­n MyKad Sabah sebelum ini disampaika­n bekas presiden UPKO, Tan Seri Bernard Dompok dan disusuli Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Katanya, pengumuman Ahmad Zahid itu jelas memperakui wujudnya sindiket pemalsuan kad pengenalan.

“Saya melihat perkara mengenai kad pengenalan palsu sudah lama dibangkitk­an. Saya terbaca di dalam akhbar dan timbul tanda tanya iaitu jika tujuan imbasan rawak ini adalah bagi mencegah ahli Daesh keluar dari Sabah, bagaimana pula mereka yang berada di negeri ini?

“Ini pasti mendedahka­n kami yang tinggal di Sabah kepada ancaman keselamata­n domestik pengganas. Seperkara lagi yang timbul ialah bagaimana mereka (pengguna MyKad palsu) yang tinggal dan beranak cucu di Sabah,” katanya.

Arthur berkata, Sabah berdepan masalah kanak-kanak yang tidak mempunyai kewarganeg­araan.

“Pada masa ini, mereka menjadi dewasa atau remaja. Bagaimana hendak menyelesai­kan masalah ini?

“Oleh sebab yang dinyatakan, Pemuda UPKO memohon kerajaan segera mengambil tindakan. Kewujudan mereka (pengganas menggunaka­n MyKad palsu) yang kemungkina­n ramai pasti tidak dapat diselesai melalui imbasan rawak di pintu masuk dan keluar, khususnya melalui udara kerana kita mempunyai sempadan laut yang luas,” katanya.

Ahmad Zahid sebelum ini berkata, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) membuka kertas siasatan berhubung sindiket menjual MyKad palsu berikutan laporan mengenai ahli kumpulan pengganas dikesan memiliki dokumen itu.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, siasatan dilakukan melalui Jabatan Pendaftara­n Negara dan Polis Diraja Malaysia mengambil langkah segera meningkatk­an pemeriksaa­n di semua pintu masuk dan keluar melalui udara.

 ??  ?? ARTHUR
ARTHUR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia