Harian Metro

Tertembak rakan

- Suzianah Jiffar am@hmetro.com.my

 Buruh maut dipercayai terkena tembakan ketika berburu

senapang buatan sendiri jenis ‘bakakuk’ dan tiga butir peluru milik rakannya itu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, mangsa ternampak seekor rusa dan mengarahka­n rakannya untuk menembak haiwan itu yang berada di atas bukit, kira-kira jam 2.30 pagi.

“Rakan mangsa kemudian naik bukit untuk menembak rusa itu tanpa menyedari mangsa berada di bukit sama.

“Apabila tembakan dilepaskan, rakan mendakwa mendengar jeritan mangsa sambil melaung ‘Allahuakba­r’ sebanyak dua kali.

“Lelaki itu menghampir­i mangsa dan mendapati mangsa tidak bergerak dan dipercayai meninggal dunia. Mangsa dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Marakau,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n awal dijalankan di Hospital Ranau mendapati mangsa mengalami kecederaan dengan lima kesan tembakan di bahagian kiri dan kanan badan.

“Mangsa dipercayai maut akibat terkena tembakan di bahagian jantung,” katanya yang memberitah­u rakan mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, polis turut merampas selaras senapang buatan sendiri, kelongsong peluru dalam bakakuk, sebutir peluru dalam poket depan seluar lelaki itu, sebutir peluru dan palet peluru yang ditemui di tempat kejadian. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 ??  ?? MOHD Farhan
MOHD Farhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia