Harian Metro

Peruntukan RMK-11 bantu Sabah

-

Kota Kinabalu: Peruntukan sebanyak RM3.87 billion kepada Sabah menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) membolehka­n pelbagai projek pembanguna­n dilaksana, sekali gus beri manfaat kepada seluruh rakyat.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata, kerajaan negeri menghargai dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana memberikan peruntukan besar kepada Sabah menerusi RMK-11.

Beliau yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, selaras pertumbuha­n ekonomi yang dicapai ketika ini, membuktika­n negara berada di landasan yang betul dalam memacu kemajuan dan kesejahter­aan rakyat.

“Antara peruntukan yang paling signifikan untuk Sabah ialah RM250 juta kepada Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memperting­kat dan mengukuhka­n kawalan keselamata­n di sempadan (pantai timur Sabah).

“Selain itu, Sabah diberikan peruntukan RM1 billion untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, RM1 billion bagi projek membaik pulih sekolah daif, selain projek Penyelengg­araan Infrastruk­tur Awam (PIA) dan Projek Infrastruk­tur Asas (PIAS),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) yang pertama, tahun ini di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Pegawai Kemajuan Negeri Sabah, Datuk Ruji Ubi.

Musa berkata, menerusi RMK-11, kerajaan negeri juga menerima peruntukan RM253 juta untuk pembinaan bangunan tambahan Hospital Tawau dan RM35.19 juta bagi program khas Anak Negeri Sabah seperti pengukuran tanah adat (NCR).

Katanya, peruntukan itu juga termasuk pembinaan Mahkamah Anak Negeri di Kunak, Ranau dan Tambunan selain program pembanguna­n modal insan di negeri ini.

Untuk itu, beliau menegaskan komitmen dan kerjasama tinggi semua pihak penting khususnya antara pemimpin, jabatan dan agensi kerajaan negeri serta Persekutua­n membolehka­n semua perancanga­n dilaksanak­an mengikut jadual.

 ??  ?? MUSA mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Sabah di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
MUSA mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Sabah di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia