Harian Metro

‘Lebih baik hilang satu jari daripada keseluruha­n kaki’

-

Ketika menghadiri latihan industri di Jepun tujuh tahun lalu, Ahmad Shafuan Abd Rahman, 46, tidak menyangka ia permulaan kepada penyakit diabetes yang dihidapiny­a. Sebelum ini tubuhnya langsung tidak menunjukka­n sebarang tanda awal dia menghidap penyakit itu.

“Ia bermula apabila saya mengalami kesakitan pada paha dan terpaksa menjalani rawatan di hospital. Selepas pemeriksaa­n, doktor terpaksa melakukan pembedahan segera dengan membuang daging kecil seperti bisul kerana dikhuatiri ia merebak. Akibatnya saya ditahan di wad selama 30 hari,” katanya.

Sebaik pulang ke Malaysia, Shafuan terus mendapatka­n rawatan di hospital bagi mengetahui punca penyakitny­a. Berdasarka­n ujian darah, doktor mengesahka­n dia menghidap diabetes. Bermula hari itu Shafuan perlu menjalani rawatan bulanan, menjaga pemakanan dan menjalani ujian darah.

“Saya seorang yang berdisipli­n dan mengikut semua jadual diberi terutama untuk pengambila­n ubatubatan dan ujian darah. Tetapi disebabkan kurang berjaga-jaga ketika di tempat kerja satu hari jari kaki saya tertusuk benda tajam. Ia tidak menyakitka­n dan saya cuba melakukan rawatan sendiri di rumah. Disebabkan luka tidak kering saya merujuk kepada pakar di hospital,” katanya.

Namun luka pada kakinya tetap tidak menunjukka­n perubahan positif walaupun mengambil ubat dan dirawat. Malah, ia semakin gelap dan hitam. Akhirnya doktor terpaksa memotong jari yang mengalami gangren itu.

“Ketika diberitahu jari kaki terpaksa dipotong saya menerimany­a dengan reda. Saya faham mengenai luka diabetes yang akan menjadi lebih buruk sekiranya pembedahan segera tidak dilakukan. Saya berasakan adalah lebih baik kehilangan satu jari kaki daripada keseluruha­n kaki,” katanya yang mengambil masa tiga minggu untuk pulih sepenuhnya dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Dalam tempoh penyembuha­n, Shafuan serius menjaga pemakanann­ya dengan mengelak makanan tinggi gula dan garam. Dia juga dinasihatk­an memakai kasut sesuai dan berhatihat­i ketika berjalan untuk mengelak kakinya luka lagi. Namun pada bulan lalu kaki kanannya pula mengalami sedikit luka dan basah.

“Jari kaki kanan mulai kurang deria rasa ketika berpijak. Saya terus bertemu doktor untuk mendapatka­n rawatan malangnya selepas melakukan cucian luka selama seminggu luka pada kaki menjadi lebih teruk. Akhirnya doktor terpaksa melakukan pembedahan dengan membuang jari kelingking kanan,” katanya.

Menurut Dr Mohd Noor Hazrin, jari kaki Shafuan terpaksa dibuang disebabkan kulit pada bahagian itu semakin gelap dan tidak menunjukka­n perubahan yang baik. Luka yang baik biasanya akan kelihatan kemerahan manakala luka bermasalah akan semakin mengecut.

“Keadaan ini berlaku disebabkan salur darah ke kaki tersumbat dan pesakit perlu melakukan imbasan CT bagi mengetahui puncanya. Jika berlaku sekatan salur darah masalah ini perlu diatasi segera bagi membolehka­n luka pulih sepenuhnya,” katanya yang tidak melakukan rawatan terapi larva disebabkan Shafuan mengalami masalah salur darah tersumbat. Masalah salur darah ini perlu diselesaik­an dahulu bagi membolehka­n rawatan lain yang lebih efektif dijalankan.

 ??  ?? AHMAD Shafuan
AHMAD Shafuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia